Serata China Masuki Fasa Kemuncak Pelancongan, Sukan Musim Sejuk

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 Disember 2024

Foto Dunia Ais dan Salji Harbin yang membuka tirainya pada Sabtu di Provinsi Heilongjiang, timur laut China. Taman tema yang diperbuat daripada 300,000 meter padu ais dan salji serta turut meliputi kawasan seluas 1 juta meter persegi itu akan dibuka sehingga penghujung Februari depan. (China Daily/Yuan Yong)

Foto Dunia Ais dan Salji Harbin yang membuka tirainya pada Sabtu di Provinsi Heilongjiang, timur laut China. Taman tema yang diperbuat daripada 300,000 meter padu ais dan salji serta turut meliputi kawasan seluas 1 juta meter persegi itu akan dibuka sehingga penghujung Februari depan. (China Daily/Yuan Yong)

Sukan dan pelancongan musim sejuk kini terus memuncak dengan China dengan suhu di bahagian utara telah menurun sehingga di bawah paras takat beku, sementara beberapa destinasi ais dan salji di negara jiran turut menerima kesan limpahan daripada permintaan tinggi dari warga China untuk aktiviti musim sejuk.

Lapor agensi berita China Daily, beberapa agensi pelancongan dalam talian turut menunjukkan laporan yang memberansangkan, dengan memperlihatkan produk-produk musim sejuk berjaya menerima lebih banyak tempahan tatkala cuaca bertambah sejuk.

Portal pelancongan, Trip.com menyatakan bahawa tempahan pelancongan musim sejuk telah bermula pada penghujung November, dengan carian untuk pelancongan kekal popular dalam platform tersebut pada bulan ini.

Menurut pengurus portal pelancongan Tuniu, Li Shengwen, tempahan untuk sukan musim sejuk seperti ski dan luncur ais telah menyaksikan pertumbuhan pesat sejak penghujung Oktober, manakala permintaan bagi produk-produk tersebut melonjak pada Disember.

Difahamkan, destinasi pelancongan musim sejuk tradisonal tempatan seperti Harbin di Provinsi Heilongjiang dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah menjadi pilihan utama bagi pelancong untuk menikmati salji dan fasiliti luncur yang baik.

Pada minggu lalu, China Railway Shenyang Group mengoperasikan kereta api musim sejuk istimewa yang pertama untuk tahun ini, dengan 210 pelancong dari provinsi-provinsi di bahagian timur dan selatan China akan mengalami pemandangan bersalju dalam perjalanan dalam kereta api selama sembilan hari yang bermula di Shenyang, Provinsi Liaoning.

Pelancong sedang mengalami keseronokan bermain gelongsor ais di Dunia Ais dan Salji Harbin pada Sabtu. (Foto/Xinhua)

Pelancong sedang mengalami keseronokan bermain gelongsor ais di Dunia Ais dan Salji Harbin pada Sabtu. (Foto/Xinhua)

Pakar dan penggiat industri menyatakan bahawa lebih ramai golongan muda yang semakin berminat dengan sukan musim sejuk, di samping menghargai pemandangan ais dan salji susulan kesedaran orang ramai terhadap sukan musim sejuk sejak Olimpik Beijing 2022.

Pada masa sama, beberapa destinasi pelancongan musim sejuk di luar negara dan produk pelancongan menjadi kata carian hangat dalam portal pelancongan China, dengan sejumlah besar daripada mereka mencari pengalaman sukan dan pelancongan musim sejuk yang berlainan.

Naib presiden Tuniu, Qi Chunguang berkata destinasi musim sejuk luar negara seperti Hokkaido di Jepun turut mendapat sambutan memberansangkan dalam platformnya, dengan rata-rata tertarik dengan kualiti peranginan ski dan kolam air panas, serta suasana kebudayaan yang eksotik.

Katanya, produk pelancongan musim sejuk ke negara-negara Nordik dan pelayaran persiaran ke Antartika pada musim cuti Tahun Baru Cina kelak juga telah laris dijual dalam platform Tuniu.

China telah melakukan usaha berterusan untuk menggiatkan ekonomi musim sejuk. Di bawah garis panduan baru-baru ini oleh Majlis Negara dan anggota Kabinet, China dijangka akan menjana titik pertumbuhan baharu dalam ekonomi musim sejuk dengan menyepadukan pembangunan sukan musim sejuk, pelancongan musim sejuk serta peralatan dan kemudahan musim sejuk.

Negara Tembok Besar itu menyasarkan bahawa ekonomi musim sejuknya akan mencapai RMB1.2 trilion (AS$164.5 bilion) menjelang 2027 dan RMB1.5 trilion menjelang 2030.

Video

Berita Berkaitan