Kehadiran Rakan Kongsi Buka Pintu Kerjasama Baharu Buat BRICS

(CRI)Rabu 25 Disember 2024

Kehadiran negara rakan kongsi menandakan kerjasama BRICS melonjak ke tahap baharu, sekaligus mengangkat platform itu sebagai wadah penting untuk memperkasa solidariti dan kerjasama Selatan Global.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Selasa menyusul Rusia mengumumkan senarai rakan kongsi BRICS baru-baru ini.

Menurut beliau, Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin BRICS yang lain mencapai persetujuan mengenai penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS semasa Sidang Kemuncak BRICS di Kazan pada Oktober lalu.

Selesai sidang kemuncak tersebut, China dan anggota BRICS lain memuktamadkan senarai rakan kongsi BRICS yang terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Thailand, Belarus, Bolivia, Cuba, Kazakhstan, Uzbekistan dan Uganda.

Mao berkata China sudi bekerjasama dengan anggota BRICS serta rakan kongsi untuk memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang berlandaskan prinsip terbuka, terangkum dan kerjasama saling untung.

China juga bersedia bersama-sama memajukan pembangunan berkualiti tinggi dalam kerjasama BRICS dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan