- Lain-lain
Menteri Luar China, Korea Selatan Bincang Kerjasama Ekonomi dan Hubungan Bilateral
Menteri Luar China Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Korea Selatan Cho Tae-yul melalui panggilan telefon pada Selasa.
Wang berkata China sedia bersinergi bersama Korea Selatan untuk mengekalkan hubungan baik sesama tetangga, di samping terus mengoptimumkan mekanisme dialog dan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan berpandukan prinsip menang-menang.
China juga akan bekerjasama dengan Korea Selatan untuk mengukuhkan pertukaran di semua peringkat termasuk pertukaran antara rakyat, meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan serta menggalakkan perkongsian kerjasama strategik antara kedua-dua negara terus berkembang sihat dan stabil.
Wang menyatakan China mengambil maklum perubahan situasi yang berlaku di Korea Selatan baru-baru ini.
China berpegang kepada prinsip tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara lain dan percaya rakyat negara itu mempunyai kebijaksanaan dan keupayaan untuk menangani isu domestik dengan baik.
Sementara itu, Cho berkata pihaknya berpuas hati dengan kemajuan berterusan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, dan berharap untuk mencipta lebih banyak hasil yang saling menguntungkan selain menyuntik lebih banyak momentum dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
- China, Korea Selatan Ikrar Galak Perkongsian Kerjasama Strategik
- China-Korea Selatan Bincang Hubungan, Kerjasama Dua Hala
- Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau
- China, Korea Selatan Ikrar Pertingkat Hubungan
- Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol
- Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina