- Lain-lain
Kebersamaan China, Indonesia dalam Dorong Tadbir Urus Global
Dalam geopolitik dunia yang berubah-ubah, negara-negara Selatan Global, seperti China dan Indonesia memainkan peran penting dalam membuat takrifan tentang "tadbir urus global".
Demikian pandangan seorang profesor dari Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Presiden Indonesia, Doktor Harryanto Aryodiguno dalam satu karangannya yang bertajuk "Solidariti Global Selatan: Peranan Strategik China dan Indonesia dalam Membentuk Tadbir Urus Global yang Inklusif" baru-baru ini.
Menurut beliau, sebagai dua negara berpengaruh besar dalam Global Selatan, Indonesia dan China mempunyai misi dan visi yang sama. Hubungan kedua-dua negara ini sudah memasuki satu fasa baharu, ditandakan dengan lawatan rasmi Presiden Prabowo Subianto ke China pada November 2024. Kedua-dua pihak turut menegaskan peri pentingnya melakukan kerjasama strategik untuk menghadapi cabaran global, yang dilihat sebagai respons bersama untuk mendorong solidariti ketika menyahut cabaran yang menghadapi amalan multilateralisme sejagat.
Pendekatan anjuran China yang berasaskan prinsip menang-menang menerusi pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, boleh memenuhi harapan pelbagai pihak melalui kolaborasi antarabangsa dan melakar pencapaian yang saling menguntungkan.
Komuniti berkongsi nasib sesama insan yang merupakan batu asas bagi diplomasi China dari segi falsafah, pernah kerap kali disebut oleh Presiden Xi Jinping di arena antarabangsa. Konsep ini menumpukan kepada usaha menciptakan hubungan antarabangsa yang lebih adil dan masa depan yang lebih harmoni.
Sebagai entiti ekonomi terbesar di Selatan Global, China terus memperhebat kedudukannya di platform multilateral. Dalam ucapannya di sidang kemuncak G20 dan APEC, Presiden Xi Jinping pernah menegaskan lima agenda utama berhubung pembaharuan tadbir urus global, iaitu yang berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, pendigitalan, dan ekologi, dengan tujuan untuk mencipta tata tertib dunia yang inklusif dan saling menguntungkan untuk baik negara maju mahupun negara membangun.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memperkukuh kedudukan China sebagai pendorong pembangunan infrastruktur global. Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, sudah merupakan projek ikonik dalam peningkatan kesalinghubungan China-Indonesia melalui kolaborasi yang berjaya.
Sebagai penggerak Persidangan Asia-Afrika 1955, Indonesia tetap mengutamakan prinsip-prinsip kesetaraan, tidak campur tangan, dan hidup bersama secara damai, yang kesemua ini dilihat sangat relevan dengan pelbagai cabaran global dewasa ini, seperti ketidaksetaraan ekonomi dan perubahan iklim.
- Pembuat Bateri China Lancarkan Projek di Indonesia
- Tentera China, Indonesia akan Adakan Latihan Bersama “Peace Garuda-2024”
- Kerjasama Jadi Pendekatan ke Arah Keamanan, Kemakmuran: Prabowo
- Presiden Xi Bertemu Presiden Indonesia Prabowo
- Presiden Indonesia Prabowo Bakal Lawat China
- Kedutaan Indonesia di China Adakan Sambutan Hari Kebangsaan
- Presiden Indonesia Baharu Terima Kunjungan Naib Presiden China
- Han Zheng akan Lawat Indonesia dan Brunei
- Xi Ucap Tahniah kepada Prabowo Subianto Jawat Presiden Indonesia
- China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI