- Lain-lain
Petani Manfaatkan Video Pendek, Promosi Kampung Halaman di Gansu
Zhang Jianzong (kanan) sedang memberitahu Zhang Yifang tentang jadual rakaman video. (Foto/Song Chaojun, Tao Yongbo)
Seorang warga emas yang berusia 68 tahun, Zhang Yifang telah berkolaborasi bersama-sama dengan anaknya, Zhang Jianzong untuk menghasilkan video yang memaparkan tarikan pelancongan dan kebudayaan di Provinsi Gansu, barat daya China.
Dalam tempoh empat tahun lalu, kedua-dua mereka yang berasal dari kampung Qingsi, pekan Datong, kaunti Yongdeng di bandar Lanzhou, Provinsi Gansu telah memuat naik lebih daripada 100 video pendek, dengan mempunyai peminat setia lebih daripada 1.3 juta dari segenap platform video pendek.
Pada Festival Musim Bunga bulan Februari lalu, kedua-dua anak beranak tersebut telah membuat hampir 10 video pendek yang memaparkan pertunjukan Shehuo, dengan salah satunya mendapat 5.87 juta tanda suka dan lebih daripada 1.01 juta komen.
Untuk rekod, Shehuo yang merupakan perayaan rakyat tradisional di China, telah ‘dipentaskan’ dalam pelbagai bentuk yang antaranya meliputi tarian naga dan singa, opera Cina tradisional, serta permainan dram. Kesemuanya juga berkemungkinan mempunyai kelainan mengikut kawasan masing-masing.
Pada musim panas 2021, anaknya telah merakam video yang menyentuh hati, yang memaparkan Zhang Yifang sedang berseronok bersama-sama cucunya. Video tesebut dengan lantas mendapat 50,000 tanda suka sejurus ia dimuat naik, dan dikongsi sebanyak 4,000 kali.
Kejayaan tersebut secara tidak langsung memberi inspirasi buat sepasang anak beranak itu untuk membuat video pendek di kawasan luar bandar.
Difahamkan, Zhang Yifang telah memainkan banyak watak dalam video pendeknya, yang menampilkan watak seperti jeneral. Setiap watak turut disusuli dengan kesesuaian suasana, yang meliputi halaman kampung kepada bentuk bumi Danxia di kaunti tersebut iaitu Taman Ekspo Roda Air Lanzhou, gurun dan padang rumput.
Dia juga telah menjelajah ke lebih 10 bandar dan wilayah dalam provinsi tersebut, dan menghasilkan siri video bagi setiap kawasan yang dilawatinya.
Dua siri video yang dilancarkan oleh sepasang anak beranak itu telah mendapat lebih 460 juta tontonan, dengan siri pertama video itu memaparkan aset pelancongan dan kebudayaan Gansu melalui pemaparan pelbagai figura bersejarah, manakala siri kedua pula memfokuskan kepada makanan tradisional tempatan.
Susulan imejnya yang semakin popular, Zhang Yifang mula mengajak orang kampung lain untuk menyertai dalam rakaman videonya. Setakat ini, lebih daripada 30 orang kampung yang telah membuat penampilan dalam video pendek tersebut.
Pada 2023, dia telah dilantik untuk menjadi duta publisiti bagi kaunti Yongdeng, dan turut menerima peruntukkan dana sokongan.
Tahun ini, kaunti Yongdeng yang terus memberi sokongan buat pembikin video telah mengahasilkan lebih 20 laluan pelancongan yang berkualiti tinggi, mengadakan lebih daripada 200 aktiviti kebudayaan dan menyokong hampir 30 pembikin video pendek yang mempromosi kampung halaman masing-masing.
- Menglian Hasilkan Lebih 80 Peratus Avokado di China
- Qinglong Aktif Bangunkan Industri Buah Berangan China
- Petani Afrika Terima Manfaat Projek Halaman Belakang Teknologi Sains China
- Sawah Padi Penuh Warna di Fujian Hasilkan Pemandangan Menakjubkan Musim Luruh
- Belia di Shanghai Tanam Salad Dalam Bekas, Galakkan Pertanian Menegak
- Orang Muda Nadi Baharu Pertanian China
- Xi Ucap Selamat Menyambut Festival Menuai Petani China
- Jumlah Keluasan Tanah Ladang China Bertambah Tiga Tahun Berturut-turut
- Epal Jadi Industri Besar di Yan’an
- Buah Pic Fenghua Masuk Pasaran Global