- Lain-lain
Prototaip CR450, HSR Paling Laju China Buat Kemunculan Sulung di Beijing
![]() |
Sebuah prototaip kereta api laju (HSR) electric multiple unit (EMU) CR450, iaitu reka bentuk terkini model HSR China telah membuat kemunculan sulung di Beijing pada Ahad. (Foto China Railway) |
Sebuah prototaip kereta api laju (HSR) electric multiple unit (EMU) CR450, iaitu reka bentuk terkini model HSR China telah membuat kemunculan sulung di Beijing, ibu kota China pada Ahad, lapor agensi berita Global Times.
Menurut China Railway selaku pengendali kereta api negara, kelajuan HSR tersebut selepas ia memasuki fasa pengoperasian nanti akan mencapai sehingga 400 kilometer sejam, sekali gus menjadi HSR paling laju di dunia.
Difahamkan, HSR itu juga akan memendekkan lagi masa perjalanan dan menambah baik ketersambungan, yang secara tidak langsung memberi kemudahan buat penumpang di seluruh negara.
Untuk rekod, CR450 berjaya mencapai kelajuan 450 kilometer sejam semasa ujian kelajuan, dengan petunjuk prestasi utama seperti kelajuan operasi, penggunaan tenaga dan bunyi dalaman telah memperlihatkan tanda aras antarabangsa baharu.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, setakat September, jaringan HSR China telah melebihi 46,000 kilometer, iaitu meliputi lebih daripada 70 peratus panjang HSR global.
- Jaringan HSR China Sepanjang 47 Ribu Kilometer dalam Keadaan Operasi
- HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok
- Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
- Laluan Baharu HSR di Delta Sungai Yangtze Masuki Fasa Percubaan
- Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi
- HSR Rizhao-Lankao Beroperasi Sepenuhnya
- Kereta Api dari Beijing, Shanghai ke HK Dinaik Taraf
- Operasi HSR Jakarta-Bandung Genap Separuh Tahun, Jumlah Penumpang Meningkat ke 2.56 Juta
- Kereta Api China Catat 1 Bilion Pengguna Suku Pertama 2024
- HSR Jakarta-Bandung Hantar Lebih 2 Juta Penumpang