- Lain-lain
China Serah 35 Tan Bekalan Bantuan Kecemasan Buat Vanuatu
Bekalan bantuan kecemasan daripada kerajaan China selamat tiba di Port Vila, ibu negara Vanuatu pada 2 Januari waktu tempatan. Majlis penyerahan bekalan bantuan tersebut disaksikan Duta Besar China ke Vanuatu, Li Minggang dan Perdana Menteri Sementara Vanuatu, Charlot Salwai.
Salwai pada majlis tersebut mengucapkan terima kasih kepada China kerana menghulurkan bantuan di saat-saat negara itu berdepan kecemasan. Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bekalan barangan tersebut dihantar secepat mungkin kepada mangsa-mangsa di kawasan bencana.
Sementara itu, Li Minggang berkata, China berharap bekalan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu Vanuatu menghadapi saat-saat sukar dan ujarnya China bersedia untuk terus menyalurkan bantuan semampunya bagi pembangunan semula pasca bencana Vanuatu.
Bekalan bantuan kecemasan sebanyak 35 tan itu terdiri daripada khemah, katil lipat, peralatan pembersihan air, makanan kecemasan, barang perubatan dan lain-lain.
Untuk rekod, gempa bumi berkekuatan 7.3 skala richter yang berlaku pada 17 Disember lalu telah menggegarkan kawasan perairan sekitar Vanuatu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang maut dan lebih 200 orang cedera, serta banyak infrastruktur di bandar tersebut mengalami kerosakan serius.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Xi Ditemui Perdana Menteri Vanuatu
- Jarak Pelayaran Kapal Hospital "Peace Ark" Catat 280,800 Batu Nautika
- Barang Bantuan China Dihantar ke Libya Hari ini
- Pasukan "Malaikat Damai" China Sediakan Perubatan di Kemboja
- Bencana Afghanistan: China Bersedia Beri Bantuan Kecemasan
- Pembiayaan China Bantu Pembangunan Afrika
- Bahan Bantuan China Tiba di Lapangan Terbang Herat
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Palestin
- China Hantar Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan ke Afghanistan
- China Janji Terus Sokong Projek Berpaksikan Rakyat di Luar Negara
- China Hantar Empat Pakar Bantu Pembangunan Semula Pasca Gempa Vanuatu
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Nepal
- Bahan Makanan Bantuan China Tiba di Cuba
- Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan China untuk Rakyat Palestin akan Tiba di Mesir
- China Hulur Bantuan kepada Papua New Guinea Tangani Bencana
- China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza
- China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
- Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Lubnan
- Pasukan Pakar Perubatan China Tiba di Vientiane
- China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza