Kutipan Tiket Filem Cecah RMB42 Bilion bagi 2024

(CRI)Rabu 01 Januari 2025

Menurut data statistik dari Jabatan Pentadbiran Filem China yang diumumkan hari ini, kutipan tiket filem mencapai RMB42.502 bilion (RM26 bilion) di peringkat kebangsaan pada 2024, dan jumlah penonton filem mencatat 1.01 bilion orang. Antaranya, kutipan tiket yang disumbang filem tempatan menduduki 78.68% dengan mencecah RMB33.439 bilion (RM20.5 bilion).

Dalam pada itu, sebanyak 79 buah filem termasuk 55 buah filem tempatan mengutip tiket bernilai RMB 100 juta lebih.

Jumlah layar perak di seluruh negara mencatat 90,968 buah.

Selain itu, jumlah kumpulan penayang yang bertugas dalam perkhidmatan kebajikan di desa mencapai 43 ribu di seluruh China.

Video

Berita Berkaitan