- Lain-lain
Rel Kereta Api China-Laos Catat Kejayaan Baharu, Angkut 50 Juta Tan Barangan Sejak 2021
Sebuah kereta api kargo yang membawa muatan terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar bertolak dari Stesen Wangjiaying Barat di Kunming, Provinsi Yunnan menuju ke Laos, hari ini merekodkan kejayaan baharu buat Rel Kereta Api China-Laos.
Memetik laporan agensi berita Global Times, catatan itu menyaksikan kini Rel Kereta Api China-Laos telah mengangkut lebih 50 juta tan kargo barangan sejak ia mula dilancarkan pada 2021.
Menurut China Railway selaku pengendali, jumlah kereta api kargo rentas sempadan harian telah beransur-ansur meningkat daripada dua kepada 18 ketika ini, dengan setiap kereta api secara puratanya memuatkan sekitar 2,000 tan ke 2,500 tan barangan.
Sehingga hari ini, rel kereta api tersebut telah mengangkut sebanyak 11.58 juta tan kargo rentas sempadan.
Bagi memanfaatkan ketersambungan laluan rel tersebut, China Railway telah memperkenalkan perkhidmatan inovatif seperti ‘Ekspres Lancang-Mekong’ yang telah mengoperasikan 1,670 kereta api setakat ini.
Pada masa sama, laluan kargo antarabangsa seperti ‘Beijing-Yunnnan-Lancang-Mekong’ dan ‘Shanghai-Kunming-Lancang-Mekong’ turut mempercepatkan kemampuan pengangkutan China-ASEAN secara lebih berkesan.
Lapor Global Times, model kargo inovatif yang menggabungkan Rel Kereta Api China-Laos dengan perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah telah mengurangkan masa penghantaran ke Eropah dari Laos dan Thailand sehingga 15 hari.
China Railway dalam kenyataannya memberitahu bahawa jaringan rel tersebut telah meliputi 31 provinsi di China dan mengintegrasikan 19 negara, sekali gus memudahkan pengangkutan untuk lebih 3,000 jenis barangan.
Pada 2024, Rel Kereta Api China-Laos telah mengangkut 19.6 juta tan barangan, dengan jumlah harian secara puratanya mencecah 50,000 tan, sementara jumlah kargo rentas sempadan pula direkodkan sebanyak 4.78 juta tan, dengan import ke China jauh mengatasi eksport.
Difahamkan, pihak berkuasa turut menambah baik kecekapan rel kereta api dengan langkah-langkah seperti pra-deklarasi untuk import dan kelulusan secara lebih pantas, yang menarik kedatangan 71 perniagaan serta jaminan kredit RMB700 juta melalui kenderaan pelbagai mod dan pembaharuan pembiayaan.
Pelabuhan rel kereta api Mohan di Provinsi Yunnan turut mengguna pakai teknologi baharu seperti 5G, Sistem Satelit Navigasi BeiDou dan AI dalam usaha membangunkan jaringan kereta api kargo yang lebih pintar.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Kereta Api China-Laos Terus Pamer Daya Hidup Pada Tahun Ketiga
- Sayur Yunnan Disajikan ke Meja Makan ASEAN Berkat Rel China-Laos
- Operasi Rel China-Laos Mantap
- Rel China-Laos Kendali 60,000 Perjalanan
- Tren China-Laos Capai Prestasi Baik pada Tiga Suku Pertama
- China Lancar Kereta Api Barang Beijing-Asia Tenggara
- Ketibaan Pengembara melalui Pintu Sempadan Mohan China-Laos 2 Juta Lebih
- Xinjiang Lancar Perkhidmatan Pengangkutan Rantaian Sejuk Melalui Rel China-Laos
- China, Laos Eratkan Kerjasama Pembangunan di Kawasan Sepanjang Jalan Kereta Api
- Kereta Api China-Laos Permudah Pergerakan Individu, Komoditi