- Lain-lain
BRICS Dorong Fahaman Multilateral Sebenar, Ketepi Mitos ‘Sepihak’
Nota: Artikel yang diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online ini dipetik oleh agensi berita Global Times
Foto ilustrasi oleh Liu Rui, Global Times
Secara rasminya, sembilan negara iaitu Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia and Uzbekistan menjadi anggota BRICS pada 1 Januari 2025, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan kepada perkembangan kumpulan tersebut.
Dengan saiz BRICS yang semakin berkembang, ia bukan sahaja memperkukuhkan kewujudannya dalam bidang ekonomi, malah berperanan penting untuk memajukan usaha pembinaan dunia yang multipolar.
Pengarah Institut Negara-negara Membangun di Institut Pengajian Antarabangsa China Beijing, Wang Youming berkata bahawa kemasukan kesemua sembilan negara tersebut ke dalam BRICS secara tidak langsung menonjolkan momentum pertumbuhan gerakan global untuk membentuk semula orde antarabangsa yang tidak adil dan saksama.
Susulan pertambahan anggota dalam keluarga BRICS, segelintir media Barat turut dilihat ‘tidak senang’ khususnya selepas Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia. Misalnya, agensi media Voice of America menyatakan bahawa mesyuarat BRICS memberi indikator terhadap aspirasi geopolitik dan perseteruan dengan Barat.
Terdapat juga sesetengah media Barat dan ahli politik yang prejudis dengan menganggap bahawa mekanisme BRICS adalah bertujuan untuk konfrontasi dengan Barat meskipun pada hakikatnya ia tidak benar.
Realitinya, walaupun BRICS merupakan organisasi bukan Barat, namun ia juga bukan organisasi anti-Barat. Sejak mula diperkenalkan, BRICS secara jelas menyatakan tentang misi dan peranannya iaitu tidak mahu mendekati konfrontasi dan tidak mahu menggantikan sebarang pihak.
Manakala, model yang diketengahkannya pula adalah kerjasama multilateral dengan mengelak permainan campur tolak antara kuasa utama, serta menawarkan paradigma hubungan antarabangsa yang lebih menyuluruh. Keterangkuman tersebut juga menjadi faktor bagi negara-negara Selatan Global untuk segera menyertai BRICS.
Pendorong di sebalik pembangunan BRICS ini adalah permintaan yang meningkat daripada negara-negara membangun, yang menginginkan order antarabangsa yang adil.
Pada beberapa puluh tahun kebelakangan ini, dunia terpaksa menanggung tindakan hegemoni yang dilakukan oleh kuasa Barat. Namun, negara-negara BRICS pula bukan sahaja mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam pembangunan kendiri, malah berkembang maju menerusi kolaborasi sambil menuju ke arah sistem global yang multipolar.
Tatkala risiko geopolitik terus meningkat, negara anggota BRICS terus menyediakan negara-negara Selatan Global dengan pilihan alternatif yang lebih menyeluruh, fleksibel dan berdaya tahan.
BRICS bukan sahaja menawarkan peluang kerjasama ekonomi, malah turut membina platform untuk negara-negara membangun agar mereka mempunyai suara dan dapat terlibat sama dalam pembaharuan tadbir urus global.
Menerusi platform BRICS juga, negara-negara Selatan Global boleh membebaskan diri daripada tekanan geopolitik tradisional yang memaksa mereka untuk ‘memilih pihak’, seterusnya berusaha memiliki autonomi yang lebih kuat dalam dunia multipolar.
Beberapa media Barat menyalahkan perkembangan BRICS dalam risiko perpecahan global, dengan mendakawa bahawa negara-negara perlu memilih sama ada untuk menyertai BRICS atau bekerjsama dengan Barat.
Mereka cuba menjadikan BRICS satu stigma senjata anti-Barat. Walhal, semakin banyak negara menyedari bahawa mekanisme BRICS tidak seperti yang digambarkan oleh media Barat.
BRICS tidak mengikuti laluan Barat untuk membentuk blok eksklusif; sebaliknya, ia telah mengukir jalan dialog baharu danbukan konfrontasi; perkongsian dan bukan penjajaran.
Ketika sedang mengharungi cabaran dalam sistem antarabangsa semasa, mekanisme BRICS menyediakan platform yang menjanjikan untuk kerjasama. Dengan menggalakkan pembangunan inklusif, menyokong multilateralisme, dan memperbaharui sistem tadbir urus global, negara-negara BRICS dan rakan kongsinya telah memberikan sumbangan besar untuk membentuk susunan antarabangsa yang lebih adil.
Walaupun proses tersebut menghadapi banyak kekangan yang kompleks, namun masa depannya sudah pasti membawa harapan untuk pembinaan dunia yang multipolar.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Indonesia Serahkan Permohonan Anggotai BRICS
- China Alu-alukan Lebih Ramai Rakan Kongsi Anggotai BRICS
- Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
- Senarai Negara Rakan BRICS Bakal Diumum: Putin
- Xi Pulang selepas Hadir Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Bertemu PM India
- Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi
- Xi, Putin Bertemu di Kazan
- Xi Tiba di Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Berlepas ke Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS