Keuntungan Perusahaan Industri Ringan Melebihi RMB1.32 Trilion

(CRI)Ahad 05 Januari 2025

Dimaklumkan dari Persatuan Industri Ringan China (CNLIC), semua perusahaan besar dalam industri ringan yang berkembang dengan stabil di China mendapat pendapatan sebanyak RMB20.6 trilion termasuk keuntungan sebanyak RMB1.32 trilion pada 11 bulan pertama 2024, yang meningkat 9.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dan juga lebih tinggi 13.8 peratus berbanding paras purata perindustrian di peringkat kebangsaan.

Pada masa yang sama, semua perusahaan besar dalam industri ringan menyaksikan peningkatan nilai tambahan sebanyak 4.8 peratus.

Menurut perangkaan dari Jabatan Statistik Negara (NBS), terdapat 58 dari 91 jenis produk industri ringan utama direkodkan dalam peningkatan pengeluaran.

Dalam pada itu, nilai tambahan sektor perkakas elektrik untuk kegunaan isi rumah meningkat 9.7 peratus, manakala kehebatan sektor itu dalam meraih keuntungan juga semakin meningkat. Sektor-sektor yang tidak ketinggalan juga termasuk pembuatan kertas, bateri dan basikal yang masing-masing kekal tumbuh pada kadar dua digit berhubung keuntungan yang tercapai.

Selain itu, pengeksportan industri ringan meningkat 3.3 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat USD837.34 bilion (RM3.77 trilion) di sebalik pasaran yang semakin berkembang.

Video

Berita Berkaitan