- Lain-lain
Xi Gesa Pelbagai Pihak Salur Bantuan Segera Selamatkan Mangsa Gempa di Xizang
Presiden China, Xi Jinping menggesa pelbagai pihak untuk menyalurkan bantuan segera dan membantu sedaya upaya mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang berlaku di wilayah Xizang, pagi tadi.
Gempa bumi berkekuatan 6.8 pada skala Richter berlaku di kaunti Dingri, bandar Xigaze, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China pada pukul 9.05 pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 53 maut dan ramai yang dilaporkan cedera, selain rumah-rumah turut musnah.
Justeru itu, Presiden Xi meminta pihak-pihak berkaitan berganding bahu dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang dan cedera, serta mencari inisiatif untuk mengelakkan bencana sekunder daripada berlaku.
Sementara itu, Xi turut mengarahkan agar penduduk-penduduk yang terjejas dipindahkan ke kawasan selamat dan diberikan bantuan yang diperlukan.
Pada masa sama, beliau menggesa usaha dilakukan untuk meningkatkan pemantauan dan amaran awal gegaran, mengumpul dan menyalurkan bantuan kecemasan dengan segera, membaiki kemudahan asas yang rosak supaya penduduk yang terjejas menikmati kehidupan yang selesa.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Xizang Labur Besar-besaran untuk Pembangunan Pelancongan Kebudayaan
- Lebih 300 Tapak Peninggalan Budaya Ditemukan di Xizang
- Pemandangan Seindah Lukisan di Taman Tanah Lembap Kebangsaan Yani di Xizang
- Kraftangan Tibet Semakin Terkenal
- Xizang yang Menakjubkan: Tanah Misteri Yi’ong
- Isu Xizang Tidak Boleh Dicampuri Pihak Luar
- Bilangan Pelancong ke Xizang Cipta Rekod
- Program Warisan Budaya Tidak Ketara Shigatse Buat Debut di ICIF
- Harimau Bintang Salji Dilepaskan ke Habitatnya di Xizang
- Kereta Api Laju Menuju ke Musim Bunga di Xizang