- Lain-lain
Namibia, China Ikrar Perkasa Kerjasama Saling Untung
Presiden terpilih Namibia Netumbo Nandi-Ndaitwah bertemu ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi di Windhoek, ibu negara Namibia pada Isnin.
Wang yang juga Menteri Luar berkata amalan diplomat tertinggi China memilih Afrika sebagai destinasi lawatan pertama sempena tahun baharu merupakan tradisi yang sudah dilakukan selama 35 tahun berturut-turut.
Beliau menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Namibia untuk memperdalam kesalingpercayaan politik, mengukuhkan pertukaran antara parti dan berkongsi pengalaman tadbir urus negara bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain dan memberikan panduan kepada hubungan dua hala.
China terus komited untuk menyokong pembangunan ekonomi Namibia dan membantu negara itu mengubah kelebihan sumbernya kepada momentum pembangunan serta faedah dikecapi rakyat sambil bersama-sama memajukan proses pemodenan masing-masing, kata Wang.
Sementara itu, Ndaitwah berkata pihaknya sudi memperkasa kerajsama dengan China membabitkan perdagangan, pendidikan, pertanian, infrastruktur dan sumber tenaga sehingga menjana peluang baharu kepada pembangunan sosioekonomi Namibia serta memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’