Guangxi Anjur Acara Renang Musim Sejuk, Pemula Aktviti Kesihatan 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 Januari 2025

Aksi para perenang di Sungai Yongjiang, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 1 Januari 2025. (Foto ihsan Biro Sukan Nanning)

Satu acara sukan renang musim sejuk yang melibatkan penyertaan lebih 3,000 peminat renang seluruh China telah diadakan pada 1 Januari lalu di di Sungai Yongjiang, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China, sekali gus menghidupkan suasana yang mengalu-alukan kedatangan Tahun Baharu 2025.

Dianjurkan secara bersama oleh Biro Sukan Nanning dan persatuan sukan am Nanning, peserta termuda yang menyertai acara tersebut adalah berumur 8 tahun, manakala paling tua pula berumur 79 tahun.

Perenang membuat gaya ketika diambil gambar di Sungai Yongjiang, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 1 Januari 2025. (Foto ihsan Biro Sukan Nanning)

Tepat pukul 9.30 pagi, para perenang yang dibahagikan kepada empat kumpulan telah berlepas dari platform di tebing utara Sungai Yongjiang dan berenang menuju ke tebing selatan.

Bagi memastikan keselematan semua peserta, penganjur telah menempatkan 120 papan dayung penyelamat bersama-sama dengan pasukan penyelamat Palang Merah Nanning, 60 pegawai keselamatan dan pasukan perubatan.

Pemandangan sudut udara memperlihatkan aksi perenang di Sungai Yongjiang, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 1 Januari 2025. (Foto ihsan Biro Sukan Nanning)  Semua peserta telah diberikan ‘daun hijau’ untuk menulis harapan Tahun Baharu sebelum memulakan acara, dan daun tersebut kemudiannya diletakkan pada pokok setibanya mereka ke garisan penamat.  Nanning terkenal sebagai salah satu pemula bagi aktiviti renang musim sejuk di China. Dengan penganjuran acara renang musim sejuk pada Tahun Baharu, ia sekali gus menandakan bermulanya aktiviti kesihatan untuk sepanjang 2025 di Nanning.

Pemandangan sudut udara memperlihatkan aksi perenang di Sungai Yongjiang, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 1 Januari 2025. (Foto ihsan Biro Sukan Nanning)

Video

Berita Berkaitan