China Berjaya Lancarkan Satelit Shijian-25

(CRI)Selasa 07 Januari 2025

China berjaya melancarkan satelit ujian, Shijian-25, ke angkasa lepas menggunakan roket pembawa Long March-3B dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, tepat pukul 4.00 pagi Selasa.

Satelit tersebut dilaporkan berjaya memasuki orbit dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Shijian-25 akan digunakan bagi pengisian bahan api satelit dan perkhidmatan pengesahan teknologi pelanjutan hayat.

Ini merupakan misi ke-555 bagi siri roket pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan