- Lain-lain
China Lancar Satelit Ujian Isi Bahan Api di Orbit
China berjaya melancarkan satelit ujian Shijian-25 ke angkasa lepas menggunakan roket pembawa Long March-3B pada Selasa.
Satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di provinsi Sichuan pada pukul 4.00 awal pagi dan berjaya memasuki orbit yang disasarkan.
Kejayaan itu menandakan satu permulaan yang baik bagi misi pelancaran angkasa lepas China pada 2025.
Satelit Shijian-25 berfungsi untuk menentusahkan teknologi pengisian bahan api dan perkhidmatan pelanjutan tempoh jangka hayat satelit, manakala roket pembawa Long March-3B digunakan terutamanya untuk melancarkan kapal angkasa orbit tinggi.
Long March-3B merupakan roket pembawa pertama China yang berjaya menyempurnakan sebanyak 100 kali misi pelancaran dan ia pernah terlibat dalam projek eksplorasi bulan dan sistem satelit pandu arah Beidou (BDS).
Menurut rancangan, Long March-3B akan menyelesaikan lebih sepuluh kali misi pelancaran angkasa lepas termasuk eksplorasi asteroid pada tahun ini.
- Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Lancar Kumpulan Satelit Baharu
- China Berjaya Lancar Dua Satelit Baharu
- Penggembala Unta di Xinjiang Manfaatkan Teknologi Maju
- China Berjaya Lancar Dua Satelit Beidou
- Roket Zhuque-3 Selesai Ujian Penerbangan Perlepasan dan Pendaratan Menegak Sejauh 10 Kilometer
- Satelit Telekomunikasi ChinaSat 4A Berjaya Dilancarkan
- China Berjaya Lancar Kumpulan Satelit Baharu
- China Lancarkan Satu Satelit GEO untuk Perkhidmatan Internet
- China Berjaya Lancarkan Satelit Zhongxing-3A
- Tahniah kepada China atas Kejayaan Lancarkan Satelit - PM Pakistan