AS Lulus Rang Undang-undang Usir Pendatang Tanpa Izin Terlibat Jenayah Ringan

(CRI)Rabu 08 Januari 2025

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan satu rang undang-undang bertujuan untuk menahan dan mengusir pendatang tanpa izin yang didakwa melakukan kesalahan ringan.

Seramai 264 perwakilan mengundi untuk menyokong rang undang-undang tersebut berbanding 159 yang menolak.

Rang ini menuntut jabatan penguatkuasaan undang-undang persekutuan AS untuk menahan pendatang tanpa izin yang didakwa melakukan kesalahan ringan seperti mencuri, sekali gus meluaskan kategori jenayah yang boleh membawa kepada pengusiran.

The New York Times mengulas bahawa kelulusan rang undang-undang tersebut menunjukkan bahawa Parti Republikan akan mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap isu imigresen yang berpotensi memberi kesan mendalam terhadap dasar imigresen AS pada masa akan datang.

Video

Berita Berkaitan