Xi Galak Artis Muda Semarak Seni Opera Peking

(CRI)Sabtu 11 Januari 2025

Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada artis muda dari Syarikat Opera Peking Nasional, pada mutakhir ini.

Sempena ulang tahun ke-70 tertubuhnya syarikat itu, Xi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada para artis dan kakitangan syarikat itu.

Xi menyatakan bahawa sejak ditubuhkan tujuh dekad lalu, Syarikat Opera Peking Nasional secara aktif mempraktikkan pedoman dan dasar Parti mengenai budaya dan seni, menghasilkan sejumlah besar drama klasik, memupuk ramai artis yang cemerlang, sekali gus menyumbang kepada pembangunan seni opera di negara ini.

Beliau juga menzahirkan harapan agar syarikat itu, berdiri di titik permulaan baharu, dapat mewariskan tradisi cemerlang dari generasi terdahulu, berdedikasi untuk memenuhi aspirasi rakyat terhadap seni, mempertahankan integriti dan mengadakan inovasi supaya menyumbang kepada pengembangan seni Opera Peking, kemakmuran kesenian serta pembinaan negara kebudayaan yang kuat.

Video

Berita Berkaitan