Jurugambar China Habiskan 38 Tahun Rakam Keindahan Sungai Kuning

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 13 Januari 2025

Hasil kerja tentang Sungai Kuning oleh Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Hasil kerja tentang Sungai Kuning oleh Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Liu Fuhai, yang berumur 70-an, merupakan jurugambar dari Jinan, Provinsi Shandong dan juga ahli Persatuan Jurugambar China.

Dia yang mempunyai minat mendalam terhadap Sungai Kuning, atau turut dikenali sebagai ‘ibu sungai’ di China, telah meluangkan masa selama 38 tahun untuk mengambil puluhan ribu gambar tentang sungai tersebut.

Liu juga telah melawat lebih 40 kali ke Air Terjun Hukou, dengan setiap perjalanan meliputi hampir 2,000 kilometer.

Mengimbas kembali tentang kecintaannya terhadap Sungai Kuning yang mula timbul ketika zaman muda, dia berkata bahawa semua orang gemar untuk bermain di empangan tersebut.

Pada 1987, Liu yang berkhidmat di sebuah kilang pembuatan kenderaan di Jinan telah melawat Air Terjun Hukou bersama-sama dengan rakan sekerjanya bagi mengambil gambar-gambar untuk dijadikan sebagai bahan promosi syarikatnya.

Tatkala berdiri mengadap air terjun tersebut, mata Liu yang hanya tertumpu kepada momentum Sungai Kuning telah mengingatkannya kembali tentang memori semasa waktu kecil.

Hasil kerja tentang Sungai Kuning oleh Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Hasil kerja tentang Sungai Kuning oleh Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Sewaktu perjalanan pulang, dia tekad untuk menjadi jurugambar Sungai Kuning agar lebih ramai orang dapat sama-sama melihat keindahan sungai tersebut.

Menangkap intipati sebenar Sungai Kuning bukanlah tugas yang mudah, dan Liu berazam untuk mengabdikan dirinya untuk mengasah kemahiran fotografinya, sekali gus menghasilkan gambar yang baik.

Dia mendalami pelbagai album foto yang mempamerkan sungai, dan mempelajari teknik gubahan, pendedahan, fokus dan penapis daripada profesional berpengalaman. Dengan masa dan latihan, dia menempa laluan uniknya sendiri ke arah menangkap keindahan sungai.

Sebagai jurugambar Sungai Kuning, kebarangkalian untuk terdedah keapda bahaya itu sentiasa ada. Suatu ketika, semasa mencari lokasi yang lebih baik untuk merakam gambarnya, dia berjalan ke atas lumpur rata tanpa alas kaki, dan mendapati dirinya terperangkap dalam lumpur. Walaupun dia berusaha untuk membebaskan dirinya, dia hanya tenggelam lebih dalam ke dalam rawa.

Liu bernasib baik apabila rakan jurugambarnya datang untuk menyelamatkannya dan menarik keluar dia dari lumpur. Kejadian itu menyasikan tapak kakinya terluka akibat terkena batu tajam, yang membawa kepada penyakit yang berlarutan.

Liu memberitahu People's Daily bahawa menangkap imej novel boleh mencabar di lokasi yang biasa diakses. DIa berpendapat bahawa seorang jurugambar harus mencari perspektif unik di tempat-tempat yang tidak mudah diakses untuk menghasilkan gambar-gambar yang luar biasa di Sungai Kuning.

Jurugambar Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Jurugambar Liu Fuhai. (Foto ihsan Liu Fuhai)

Pada 2019, Liu mengeluarkan album foto yang menampilkan Sungai Kuning. Setiap gambar menangkap aspek sungai yang berbeza, menceritakan kisahnya yang menarik.

"Saya mahu menggunakan kesan visual yang kuat untuk menunjukkan dinamika Sungai Kuning dan pembangunan wilayah di sepanjang laluannya," kata Liu.

Dengan kameranya, Liu bukan sahaja mempersembahkan tentang perbezaan adat resam rakyat di sepanjang tebing Sungai Kuning, tetapi juga merekodkan perkembangan sosial dan ekonomi yang pesat.

"Lihat, beberapa tempat pernah dihalang oleh pengangkutan yang lemah," kata Liu sambil membelek gambarnya.

"Melalui pelancongan, orang tempatan menjadi kaya, dan pelancong secara beransur-ansur mula muncul dalam gambar saya. Hari ini, pelancong ada di mana-mana. Ini adalah perubahan yang nyata dan ketara," ujar jurufoto itu.

Pada musim panas 2024, pameran foto bertemakan "dialog peradaban antara Sungai Kuning dan Sungai Nil" telah dihoskan semasa Forum Rakyat China-Afrika. Untuk menghadiri pameran itu, Liu sibuk merakam gambar Sungai Kuning di lokasi yang berbeza.

"Saya mahu terus merakam keindahan dan menceritakan kisah Sungai Kuning dengan gambar saya," kata Liu.

Video

Berita Berkaitan