- Lain-lain
Pencapaian tentang 69 Perkara dalam Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11
Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11 telah menutup tirainya baru-baru ini. Kedua-dua pihak telah mencapai perjanjian tentang 69 perkara yang saling menguntungkan sempena berlangsungnya dialog yang dipengerusikan bersama Naib Perdana Menteri China, He Lifeng dan Menteri Kewangan Britain, Rachel Reeves.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.
Menurut Guo, China dan Britai telah mengeluarkan hasrat yang sama untuk mengekalkan amalan multilateralisme dan globalisasi ekonomi, dan bersetuju berusaha untuk melindungi mekanisme perdagangan pelbagai hala yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan berdasarkan peraturan, serta membentuk landskap ekonomi dunia yang terbuka.
Sementara itu, kedua-dua pihak berpendapat bahawa kerjasama China-Britain akan memberi manfaat kepada pembangunan kedua-dua negara.
Bersama-sama menjaga keselamatan, kestabilan dan kelancaran rantai pembekalan global, menentang "memutuskan hubungan", mengurangkan halangan dalam pelaburan antara satu sama lain, mendorong pembentukan persekitaran urus niaga yang terbuka dan tanpa diskriminasi, sudah menjadi konsensus kedua-dua negara.
Dalam dialog tersebut, China dan Britain juga mencapai kata sepakat dalam kerjasama perindustrian, pertanian dan sumber tenaga, bersetuju untuk mengadakan dialog kerjasama antara Jawatankuasa Persekutuan Ekonomi dan Perdagangan dan Jawatankuasa Persekutuan Sains dan Teknologi dari kedua-dua pihak dengan secepat mungkin di samping mengeratkan hubungan rakan kerjasama perindustrian moden dan meningkatkan kerjasama untuk menghadapi perubahan iklim.
Peningkatan kerjasama dalam bidang dasar ekonomi dan kewangan serta penyeliaan kewangan juga dijadikan satu tumpuan dalam dialog tersebut yang turut menyaksikan banyak konsensus yang substantif dicapai melibatkan keterbukaan pasaran kewangan dan kesalinghubungan.
Guo berkata, pelbagai pencapaian tersebut memperlihatkan kerjasama ekonomi dan kewangan China-Britain yang berdimensi, selaras dengan trend globalisasi ekonomi dan amalan multilateral yang dipercayai akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara bahkan dunia.
China bersedia bersama-sama Britain berpandukan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, bertindak pantas melaksanakan perjanjian yang dicapai dalam dialog kali ini dengan menyasarkan kemajuan yang lebih substantif dan besar, yang dilihat boleh menyuntik motivasi baharu kepada hubungan China-Britain malah menyerlahkan kehebatan baharu dalam pertumbuhan ekonomi dunia.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Xi Bertemu PM Britain
- Xi, PM Britain Adakan Perbualan Telefon
- PM China Utus Tahniah kepada PM Baharu Britain
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain
- Hubungan China-Britain yang Mantap dan Sihat Signifikan bagi Keamanan dan Kemakmuran Dunia
- Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Rakan Sejawatnya dari Britain
- Han Zheng Bertemu Setiausaha Luar Britain
- Surat Tahniah Xi untuk Ulang Tahun Ke-70 “Kembara Pecah Ais” Perdagangan China-Britain
- Tahniah Pasangan Xi untuk Kemahkotaan Raja Charles III
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Raja Charles III