- Lain-lain
China Gunakan Teknologi, Galakkan Konservasi Burung Hijrah
Daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada dron dan simulasi algortima, wilayah di serata China kini telah memanfaatkan teknologi maju untuk mengawasi serta mengawal burung hijrah dan habitatnya khususnya pada musim sejuk.
Burung hijrah berterbangan di Rizab Alam Semula Jadi Tasik Poyang di Provinsi Jiangxi, timur China. (Foto/Liu Yuanqing)
Di Rizab Alam Semula Jadi Tasik Poyang yang terletak di Provinsi Jiangxi, para pekerja telah mengamalkan konsep yang menggabungkan kepakaran manusia dan peralatan berteknologi tinggi untuk mengawasi burung.
Pada Disember 2023, rizab tersebut telah mewujudkan platform pengurusan pintar – dilengkapi dengan sekumpulan kamera berdefinisi tinggi dan sensor yang beroperasi sepanjang masa serta teknologi AI untuk mengenal pasti dan merakam spesies burung secara automatik, sambil mengira ketumpatan dan kuantiti burung.
“Dahulu, kami perlu pergi ke bahagian dalam kawasan tasik untuk pemerhatian di tapak dan mengawal burung secara kendiri yang agak memakan banyak masa dan kurang tepat,” ujar Wang Xiaolong, renjer di stesen kawalan Wucheng di Pentadbiran Rizab Alam Semula Jadi Tasik Poyang.
Menurut Yuan Ziqi, seorang petugas di stesen perlindungan Wucheng, dengan melaksanakan pratetap laluan penerbangan dan memasukkannya ke dalam sistem pemeriksaan dron, pengendali kini boleh menggunakan dron untuk mencapai pemantauan menyeluruh, cekap dan tepat di kawasan perlindungan.
Untuk rekod, penggunaan dron telah membolehkan pemantauan dapat dilakukan di tanah paya dan dataran lumpur yang sebelum ini tidak boleh diakses. Malah, ia juga boleh mengeluarkan amaran untuk menghalang aktiviti yang mungkin membahayakan burung atau merosakkan sumber tanah lembap.
Untuk meminimumkan gangguan kepada burung, dron biasanya beroperasi pada ketinggian melebihi 100 meter, dengan Kamera berketepatan tinggi menjejaki kedua-dua pergerakan burung dan aktiviti manusia sambil mengekalkan jarak selamat yang tidak mengganggu burung.
Burung jenjang Siberia berehat di sebelah Tasik Poyang di Provinsi Jiangxi, timur China. (Foto/Zhang Xiaolin)
Sistem pengurusan pintar juga membantu mengoptimumkan paras air tasik melalui simulasi yang canggih. Dengan menganalisis keadaan cuaca semasa, liputan air dan populasi burung yang berhijrah, sistem tersebut mampu meramalkan ketersediaan makanan untuk burung musim sejuk dan melaraskan paras air dengan sewajarnya melalui pintu air, sekali gus mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk burung yang berhijrah.
Teknologi telah memainkan peranan yang sama penting di Tanah Lembap Nandagang dan Rizab Alam Burung di Cangzhou, Provinsi Hebei di utara China, yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada Julai 2024 sebagai sebahagian daripada Santuari Burung Migrasi di sepanjang Pantai Laut Kuning-Bohai Teluk China (Fasa II).
Gelagat burung kedidi sayap hitam di taman paya Nandagang di Cangzhou, Provinsi Hebei, utara China. (Foto/Liu Quansheng)
Seorang petugas di rizab tersebut, Zhang Jingxing berkata bahawa kawasan itu telah mewujudkan platfrom pemantauan saintifik yang diintegrasikan dengan sistem pengesanan cap suara AI pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Bot pemantauan tanpa pemandu yang dilengkapi khas di paya buluh digunakan untuk memantau burung, dan data bunyi masa nyata dimuat naik ke platform, yang boleh mengenal pasti spesies burung secara automatik.
Difahamkan, platform pangkalan data tersebut mempunyai lebih daripada 190,000 sampel pengesanan cap suara lebih daripada 1,500 jenis bunyi burung.
Taman paya Nandagang yang merekodkan kedatangan lebih daripada 100,000 burung hijrah pada 2023 kini mempunyai 272 spesies burung, dengan 17 daripadanya di bawah perlindungan kelas pertama peringkat kebangsaan.
Satu sistem pemantauan burung yang dikuasakan AI melibatkan dron dan kamera berdefinisi tinggi telah mempermudah usaha memantau burung serta kerja-kerja konservasi di sepanjang Tasik Dianchi di Kuming, Provinsi Yunnan. Berbanding dengan sistem baharu, para penyelidik pada dahulunya melakukan pemantauan dengan menggunakan teleskop.
Burung camar berkepala hitam sedang berterbangan di Tasik Dianchi, Kunming, di Provinsi Yunnan. (Foto/Dong Rongmei)
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’