- Lain-lain
China dan EU, Rakan yang Sokong-Menyokong
China dan Eropah sebagai rakan yang sokong-menyokong, tidak mempunyai pertembungan melibatkan kepentingan teras atau percanggahan pendapat dalam bidang geopolitik.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam perbualan telefon yang dijadualkan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Luis Santos da Costa di sini petang Selasa.
Setelah mengucap tahniah kepada Costa yang baru menyandang jawatan sebagai Presiden Majlis Eropah, Xi berkata bahawa tahun 2025 yang menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Kesatuan Eropah (EU) merupakan titik sejarah yang signifikan.
"Berdepan dengan situasi antarabangsa yang bertambah serius dan rumit, China dan EU diharap mengekalkan visi dan misi yang wujud sejak penjalinan hubungan rasmi, meningkatkan komunikasi serta memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, dan bertindak berpandukan perkongsian yang sedia ada.
"China berkeyakinan terhadap EU, rakan kerjasama yang boleh dipercayai. Kedua-dua pihak mempunyai keserasian yang tinggi yang boleh saling melengkapi dan saling menguntungkan dalam kolaborasi ekonomi dan perdagangan. Sebagai dua pengamal perdagangan multilateral, China dan EU sudah membentuk ikatan ekonomi yang kuat yang bercirikan simbiosis.
"Pembangunan berkualiti dan peningkatan tahap keterbukaan di China akan menyediakan peluang baharu kepada kerjasama China-EU. Kedua-dua pihak disarankan kekal terbuka antara satu sama lain, memperkukuh sistem kolaborasi dan mencipta penggerak baharu bagi pertumbuhan, di samping memastikan kelangsungan dan kelancaran dalam penganjuran aktiviti perayaan ulang tahun ke-50 hubungan bilateral, mempererat pertukaran sosiobudaya, memudahkan mobiliti keanggotaan, mendukung interaksi di peringkat daerah dan kerjasama pendidikan, agar membantu rakyat di peringkat akar umbi saling mengenali hati dan budi masing-masing," kata Xi.
Sementara itu, Costa berkata, pihaknya bersedia menangani perselisihan dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan menerusi dialog dan rundingan. Dunia dewasa ini yang penuh dengan pelbagai cabaran seperti isu perubahan iklim, memerlukan kolaborasi erat antara EU dan China untuk memberi sumbangan proaktif kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan sejagat.
Pemimpin kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu Ukraine. Xi turut membentangkan pendirian China yang berprinsip tentang perdamaian dan rundingan.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- 7,000 Tren Kargo China-Eropah (Asia) Melalui Pintu Horgos Sejak Awal 2024
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Majlis Eropah
- China, Poland Keluar Pelan Tindakan Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif
- Xi Tamatkan Lawatan ke Hungary
- Xi Berlepas untuk Lawatan ke Perancis, Serbia dan Hungary
- China dan Eropah Adakan Dialog Sosiobudaya
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Sepanyol
- PM China Temu Pengerusi Persekutuan Switzerland
- Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
- Xi Ditemui Pemimpin EU