Xinjiang Pangkalan Penting Jamin Keselamatan Tenaga

(CRI)Rabu 15 Januari 2025

Jumlah bekalan elektrik yang disalurkan Xinjiang ke tempat-tempat lain di seluruh negara mencecah 126.4 bilion kilowatt-jam (kWh) pada 2024, menurut statistik terkini State Grid Xinjiang Electric Power Co.

Data berkenaan turut menunjukkan wilayah Xinjiang selama lima tahun berturut-turut menyalurkan bekalan elektrik melebihi 100 bilion kWh, dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 4.6 peratus.

Ini sekaligus memperlihatkan peranan Xinjiang sebagai pangkalan penting negara bagi menjamin keselamatan tenaga.

Kini, Xinjiang telah membina empat saluran bekalan kuasa elektrik yang baharu dengan skop penghantarannya diperluas kepada 22 provinsi, wilayah dan bandar berbanding hanya tujuh sebelum ini.

Video

Berita Berkaitan