Artikel Xi mengenai Teori dan Praktik Pemerkasaan Pembaharuan Diterbit Esok

(CRI)Rabu 15 Januari 2025

Artikel ditulis Presiden Xi Jinping mengenai teori dan praktik dalam usaha memperdalam pembaharuan secara menyeluruh akan diterbitkan dalam jurnal Qiushi, esok.

Artikel itu berbunyi, pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh pada era baharu mencapai hasil signifikan dari segi praktik, keinstitusian dan teori, dan merupakan sebuah epik dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China.

Usaha berkenaan memberikan dorongan kuat dan jaminan keinstitusian untuk membina masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh serta mengekalkan 'dua keajaiban' iaitu pertumbuhan ekonomi pesat dan kestabilan masyarakat yang berkekalan.

Video

Berita Berkaitan