China Duduki Tangga Pertama Ranking Perkapalan Global Selama 15 Tahun

(CRI)Khamis 16 Januari 2025

China menduduki tangga pertama dalam ranking perkapalan global untuk 15 tahun berturut-turut hingga tahun 2024 mengikut tiga indeks utama dalam industri pembinaan kapal.

Demikian ditunjukkan dalam data terkini sektor perkapalan negara ini bagi sepanjang tahun 2024.

Jumlah penyelesaian pembinaan kapal China mencatat 55.7% keseluruhan dunia yang bermakna lebih separuh daripada keseluruhan kapal yang dihantar kepada pelanggan di dunia pada tahun 2024 adalah dibuat di China.

Pada masa yang sama, tempahan pembinaan kapal yang dipegang China mewakili 63.1% daripada keseluruhan pasaran global.

Selain itu, tempahan pembinaan kapal baharu yang diterima China merupakan 74.1% daripada keseluruhan pasaran global, yang bermakna lebih 70% daripada kapal yang akan dibina selanjutnya dalam senario global merupakan produk buatan China.

China juga mempunyai syer yang semakin meningkat dalam pasaran global berhubung tempahan baharu yang diterima untuk pembuatan kapal berkuasa hijau, yang meningkat daripada 31.5% pada 2021 kepada 78.5% pada 2024.

China gah dengan menduduki tempat pertama dalam ranking dunia berhubung tempahan baharu untuk 14 dari 18 jenis kapal arus perdana di dunia seperti kapal serbaguna, pengangkut kereta dan kapal kontena.

Jumlah keuntungan dan kadar keuntungan industri pembinaan kapal China menyaksikan pemulihan daripada kadar negatif sejak tahun 2021.

Pada November 2024, kadar keuntungan sektor itu mencapai 7.52%, dengan keseluruhan keuntungan sebanyak RMB47.18 bilion(RM 28.93 bilion).

Video

Berita Berkaitan