Ekonomi Pertanian, Luar Bandar 2024 China Rekod Peningkatan Stabil

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 21 Januari 2025

Foto sidang media oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara di Beijing, ibu negara China pada 21 Januari 2025. (Xinhua/Pan Xu)

Foto sidang media oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara di Beijing, ibu negara China pada 21 Januari 2025. (Xinhua/Pan Xu)

China membuat peningkatan yang stabil dalam pertanian dan ekonomi luar bandarnya pada 2024, demikian ujar Naib Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Zhang Xingwang pada Isnin semasa sidang media Pejabat Penerangan Majlis Negara.

Menurut beliau, pengeluaran bijirin China telah mencapai tahap baharu, manakala pendapatan petani meningkat secara berterusan, sementara masyarakat luar bandar kekal harmoni dan stabil, yang sekali gus memberikan sokongan padu terhadap pembangunan masyarakat dan ekonomi negara yang berkualiti tinggi.

Kata Zhang, Jumlah pengeluaran bijirin China melebihi 700 bilion tan buat kali pertama tahun lepas, meningkat 11 juta tan berbanding 2023.

Tambah naib menteri itu lagi, hasil operasi perusahaan pemprosesan produk pertanian besar di seluruh negara dijangka melebihi jumlah RMB18 trilion.

“Menjelang penghujung 2024, 33.05 juta individu yang keluar daripada kemiskinan telah bekerja, sekali gus menandakan tahun keempat berturut-turut angka itu meningkat melebihi 30 juta,” ujar Zhang.

Memetik data dari Biro Kebangsaan Statistik (NBS), pendapatan boleh guna per kapita petani di daerah yang telah dikeluarkan daripada kemiskinan mencecah RMB12,384 dalam tiga suku pertama 2024, mencatatkan pertumbuhan sebenar sebanyak 6.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Zhang berkata, pendapatan boleh guna per kapita penduduk luar bandar mencecah RMB23,119, iaitu peningkatan sebenar 6.3 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan