- Lain-lain
China, Indonesia Sinergi Naik Taraf Khidmat Bayaran QR Rentas Sempadan
China dan Indonesia akan bekerjasama mempromosikan kesalinghubungan kod QR rentas sempadan di bawah bimbingan bank pusat kedua-dua negara, bagi menambah baik pengalaman pembayaran rentas sempadan.
Langkah itu diumumkan UnionPay International, Persatuan Sistem Pembayaran Indonesia (ASPI), Ant International, dan Bank of China (Hong Kong) Cawangan Jakarta di Shanghai, pada Isnin.
Menurut perjanjian, UnionPay akan bekerjasama dengan ketiga-tiga pihak tersebut untuk menaik taraf perkhidmatan pembayaran untuk pelancong China di Indonesia.
Selepas program itu diwujudkan, pelancong China boleh membuat pembayaran di Indonesia menerusi aplikasi pembayaran utama di China, termasuk aplikasi UnionPay, aplikasi bank komersial yang disambungkan ke "Platform Pembayaran Dalam Talian UnionPay" di China, dan Alipay.
Pada masa sama, Indonesia juga akan menyatukan piawaian pembayaran kod QR–QRIS untuk membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR daripada peniaga.
Untuk rekod, terdapat kira-kira 34 juta peniaga di Indonesia kini telah mengguna pakai piawaian QRIS.
Difahamkan, kerjasama kali ini merupakan satu lagi amalan penting antara UnionPay yang sebagai institusi pembayaran domestik China dengan rangkaian pembayaran luar negara, selepas program kerjasama serupa dengan Malaysia, Kemboja, Laos, Vietnam dan negara lain.
Buat masa ini, UnionPay telah mencapai kerjasama interkoneksi kod QR rentas sempadan dengan rangkaian transit tempatan di 19 negara dan wilayah, manakala 19 projek telah dilaksanakan atau sedang dalam proses promosi.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS
- Pembuat Bateri China Lancarkan Projek di Indonesia
- Presiden Indonesia Prabowo Bakal Lawat China
- China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI
- Indonesia Intai Teknologi Pertanian China, Mahu Capai Kerterjaminan Makanan
- Perkhidmatan EV Syarikat China Digunakan Pada Forum Indonesia-Afrika
- China-Indonesia Lancar Makmal Penyelidikan Bersama di Bandung
- Mesyuarat Pegawai Kanan Mekanisme “2+2” China-Indonesia Diadakan
- Jokowi Cuba Sistem ART di Ibu Negara Baharu Indonesia
- China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama BRI