- Lain-lain
Harap Myanmar Kekal Gencatan Senjata dan Rundingan Damai: MFA
Pihak-pihak terlibat di Myanmar diharap mengekalkan pelaksanaan gencatan senjata dan rundingan damai selain bersungguh-sungguh melaksanakan kesepakatan yang dicapai serta mengambil inisiatif untuk meredakan ketegangan dan menyelesaikan isu berkenaan menerusi dialog.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Isnin susulan perjanjian gencatan senjata dimeterai antara kerajaan Myanmar dengan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) Kokang baru-baru ini.
Mao berkata China dan Myanmar merupakan jiran yang bersahabat, dan Beijing tegas menentang peperangan dan pergolakan berlaku di negara berkenaan.
Di bawah pengantaraan China, kerajaan Myanmar dan MNDAA Kokang mengadakan rundingan damai pusingan ketujuh di Kunming, provinsi Yunnan pada pertengahan bulan ini.
Kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan perjanjian gencatan senjata secara rasmi tepat pukul 12 tengah malam pada 18 Januari 2025, selain menzahirkan penghargaan atas usaha China dalam menjayakan rundingan damai itu.
Mao berkata situasi yang semakin reda di utara Myanmar bukan sahaja selaras dengan kepentingan bersama pelbagai pihak di Myanmar serta negara-negara serantau, tetapi juga kondusif kepada keselamatan, kestabilan dan pembangunan di kawasan sempadan China-Myanmar.
China teguh menyokong usaha Myanmar dalam memelihara kemerdekaan, kedaulatan, penyatuan negara dan keutuhan wilayah serta mewujudkan keamanan, kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.
China juga menyokong kesungguhan Myanmar ke arah mencapai permuafakatan politik seawal mungkin dan memajukan agenda politik domestik di bawah rangka Perlembagaan.
Tambah beliau, China komited terus menggalakkan rundingan damai dan menyediakan sokongan dan bantuan kepada proses perdamaian di utara Myanmar.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Myanmar Digesa Siasat Serangan Sasar Konsulat China
- China Tegas Kesanggupannya untuk Dorong Perdamaian di Myanmar
- Myanmar Lanjut Darurat Enam Bulan Lagi
- Pengantaraan China Bantu Gencatan Senjata Dicapai di Utara Myanmar
- Harap Myanmar Kekal Persetujuan Gencatan Senjata: MFA
- Empat Maut Serangan Peluru di Bago
- Militan Serbu Tentera Kerajaan di Utara Myanmar, 6 Rakyat Maut
- Dunia Diseru Sokong Penyelesaian Isu Myanmar Melalui Dialog Politik
- Myanmar Lanjut Darurat Enam Bulan Lagi
- UNSC Diharap Berhati-hati dalam Tangani Isu Myanmar