Kehidupan Penduduk Terjejas Banjir, Tumpuan Tinjauan Presiden Xi di Liaoning
(
CRI)
Khamis 23 Januari 2025
Presiden China, Xi Jinping menziarahi penduduk yang terjejas bencana banjir di sebuah kampung di Provinsi Liaoning, timur laut China, pada Rabu.
Xi membuat lawatan ke Kampung Zhujiagou, Kaunti Suizhong, Bandar Huludao, sempena Tahun Baharu China (TBC) iaitu perayaan yang paling penting bagi rakyat China, yang akan jatuh pada 29 Jan ini.
Xi diberi taklimat mengenai keadaan pembangunan semula pasca bencana di sana, dan mengunjungi rumah baharu mereka, sambil melihat sendiri keadaan tentang kualiti rumah yang dibina semula, jaminan kehidupan seharian dan perkembangan yang lain.
Untuk rekod, pada Ogos tahun lalu, bandar Huludao dilanda hujan lebat yang jarang berlaku dalam sejarah sehingga menyebabkan banjir teruk.
Zhujiagou yang terletak di kawasan pergunungan dan kawasan tanah rendah merupakan antara salah satu kampung yang paling teruk terjejas akibat banjir itu.
Selepas banjir, kampung itu membina rumah-rumah baharu untuk 41 keluarga yang paling teruk terjejas banjir. Rumah baharu dibina hampir 40 meter lebih tinggi berbanding rumah yang lama.
Lawatan ke Liaoning kali ini merupakan tinjauan pertama Presiden Xi pada tahun ini, dan ia juga tradisi beliau untuk menziarahi dan menyantuni penduduk serta pegawai di peringkat akar umbi menjelang perayaan TBC sejak beliau menyandang Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) 13 tahun lalu.