- Lain-lain
"Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping" Dapat Respons Positif Penonton Malaysia
Program "Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping" yang ditayangkan di Malaysia hari ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan serta respon positif bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di Malaysia tetapi juga pakar dalam pelbagai bidang.
Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata inti pati kisah ini memfokuskan kepada kejayaan usaha pemeliharaan alam semula jadi, berkat kegigihan masyarakat yang melihat peri pentingnya aspek tersebut untuk generasi semasa dan yang akan datang.
Ujarnya manusia mesti berkolaborasi dengan alam dengan kesabaran dan ketekunan yang tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.
“Yang pasti janganlah kita merosakkan alam sekitar, kerosakan boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat sahaja tetapi untuk mengembalikan kepada keadaan asal akan mengambil masa yang sangat lama. Itu pun kalau ada kemahuan yang kuat untuk melaksanakannya.”
Mengulas lanjut, Profesor Madya Dr Aimi berkata maksud atau intipati Kisah Tinta ini mempunyai makna yang lebih mendalam dan capaian yang luas, iaitu mengenai kesedaran dan kewarasan yang perlu ada di dalam minda manusia bagi semua aspek kehidupan bagi memastikan kemaslahatan dan kesejahteraan yang berkekalan.
Katanya hubungan manusia sesama manusia dan alam semulajadi merupakan perkara yang sangat mustahak dan perlu sentiasa dipelihara, bagi membolehkan kita hidup bersama dalam kemakmuran dan kesejahteraan.
Sementara itu Editor Online Portal Lobak Merah, Syaida Ismail berkata kandungan program tersebut berjaya memaparkan sisi negara China yang ramai tidak tahu.
Katanya sebagai rakyat Malaysia yang banyak terdedah dengan kontent media sosial, pandangan beliau tentang China ialah ia merupakan sebuah negara yang maju dan banyak kemudahan teknologi.
Namun, selepas menonton Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping beliau baru sedar untuk mencapai tahap kemajuan tersebut, ia perlu bermula dari langkah yang kecil macam apa yang disiarkan di dalam kisah tersebut, iaitu dari aspek pemulihan, konservasi, dan paling penting tidak berputus asa walaupun proses itu mengambil jangka masa berabad lamanya.
Tambahnya lagi, Malaysia boleh belajar banyak perkara menerusi program tersebut khususnya cara untuk memulihara nilai-nilai kebudayaan dan sejarah negara, bagaimana kita boleh melakukan proses konservasi untuk melindungi alam sekitar serta kepentingan menanam pokok (walaupun sebatang).
“Negara kita sekarang bukan masalah penggurunan macam China, tapi banyak hutan ditarah sebab buat pembangunan. Jadi setiap satu pokok yang dipotong, kenalah diganti dengan 1 anak pokok baru (usaha ini sudah ada yang dilakukan, tapi haruslah kita pergiatkan. Jangan bazirkan tanah kosong untuk perkara yang sia-sia)” katanya lagi.
Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping ditayangkan di Malaysia bermula hari Isnin.
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Malaysia Mulai Isnin
- Petikan Wacana Xi Jinping Mengenai Modenisasi Ala China Versi Bahasa Sepanyol Diterbitkan
- Xi Temu Wakil Komuniti Perniagaan Antarabangsa
- Program 'Kupasan Bersiri Pemikiran Ekonomi Xi Jinping' Bersiaran Malam Ini
- Buku "Petikan Terpilih Xi Jinping mengenai Pengukuhan Cara Kerja PKC" Diterbitkan
- Naskhah Berkait Usaha Xi Jinping Dalam Ekonomi Diterbitkan
- Simposium Buku "Pemikiran Penting Xi Jinping Mengenai Pembinaan Parti" Berlangsung di Beijing
- Buku "Memahami Falsafah Pendidikan Xi Jinping" Diterbitkan Dalam 4 Lagi Bahasa Asing
- Artikel Xi Mengenai Ikatan, Pendidikan, Nilai dan Tradisi Keluarga Diterbitkan
- Ucapan Presiden Xi Mendapat Sambutan Hangat Rakyat