- Lain-lain
China Komited Bantu Myanmar Kawal Keamanan Kawasan Sempadan
China secara aktif membantu Myanmar mencapai proses damai di bahagian Utara negara itu dan menghantar pasukan pemantau gencatan senjata ke Lashio bagi memantau gencatan senjata antara Tentera Myanmar dan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) Kokang.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jialkun pada Selasa dan berkata China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar.
"Selaras dengan hasrat dan permintaan semua pihak berkepentingan di Myanmar, China secara aktif membantu Myanmar dalam mencapai proses damai di utara negara itu."
Guo berkata untuk melaksanakan konsensus rundingan damai di Kunming antara kerajaan Myanmar dan MNDAA, atas undangan bersama kedua-dua pihak tersebut, China menghantar pasukan pemantau gencatan senjata ke Lashio Myanmar baru-baru ini, bagi memantau usaha gencatan senjata serta menyaksikan peralihan kuasa yang lancar dan stabil di bandar Lashio.
Tambah Guo, kedua-dua pihak menghargai dan mengucapkan terima kasih atas peranan konstruktif China dalam memelihara keamanan dan kestabilan di utara Myanmar.
Katanya, China seterusnya akan terus mendorong proses rundingan damai di Kunming, mempergiat usaha menghentikan peperangan dan menggalakkan dialog di utara Myanmar, serta bekerjasama dengan semua pihak di Myanmar untuk bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di sempadan China-Myanmar.
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-7 dari China Tiba di Myanmar
- Persahabatan 'Pauk-Phaw' Terserlah
- Pemimpin Myanmar Hargai Sumbangan Pasukan Penyelamat China
- Klinik Jelajah Kendalian Pasukan Perubatan China Teruskan Perkhidmatan di Mandalay
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-3 dari China Tiba di Myanmar
- China Hantar Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-2 ke Myanmar
- Pasukan China Selamatkan 9 Orang Mangsa Gempa Bumi Myanmar
- Kebersamaan China dengan Myanmar yang Diuji Musibah
- Pasukan Perubatan di Xinjiang Berjaya Rawat Pesakit Kanser dari Tajikistan
- China Serah Bantuan Bekalan Perubatan kepada Vanuatu