920 Suspek Penipuan Telekomunikasi Diekstradisi dari Myanmar ke China

(CRI)Khamis 24 April 2025

Seramai 920 orang suspek warganegara China yang disyaki terlibat dalam penipuan telekomunikasi dan internet telah diserahkan kepada China melalui pintu sempadan Daluo di daerah Xishuangbanna provinsi Yunnan.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam China pada Rabu, hasil kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan pembanterasan kegiatan jenayah, China dan Myanmar sehingga kini berjaya menangkap lebih 55,000 suspek warganegara China dan menumpaskan kebanyakan sindiket jenayah yang terbabit di utara Myanmar.

Video

Berita Berkaitan