- Lain-lain
China Keluarkan Laporan Sistem Ekologi Terumbu Karang Tiexian Jiao dan Niu’e Jao
Inistitut Penyelidikan Pembangunan Laut China Selatan di bawah Kementerian Sumber Asli China dengan kerjasama beberapa jabatan unit berkaitan telah melancarkan secara bersama "Laporan Penyelidikan Ekosistem Terumbu Karang Tiexian Jiao dan Niu’e Jiao pagi Jumaat.
Laporan tersebut sekaligus menafikan dakwaan Filipina sebelum ini mengenai tindakan China membuang serpihan karang di Tiexian Jiao selain khabar angin yang dilakukan negara tidak bertanggungjawab mengenai pembentukan beting pasir adalah disebabkan oleh aktiviti "penambakan tanah" oleh China, sama sekali tidak berasas dari segi sains dan fakta.
Laporan ini berdasarkan data penderiaan jarak jauh satelit dan tinjauan lapangan, selain penilaian secara menyeluruh terhadap sistem ekologi Tiexian Jiao dan Niu’e Jiao.
Malah ia turut menjalankan analisis secara tepat dan saintifik terhadap proses pembentukan beting pasir di kedua-dua terumbu serta faktor utama yang menyebabkan kemerosotan ekosistem terumbu karang di Tiexian Jiao.
Hasil laporan menunjukkan bahawa pembiakan besar-besaran tapak sulaiman berduri panjang merupakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan serius ekosistem terumbu karang di Tiexian Jiao, serta serangan siklon tropika dan aktiviti manusia yang kerap, antaranya pembinaan terusan Filipina di Pulau Thitu juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesihatan ekosistem terumbu karang di Tiexian Jiao.
- Xi Seru Pembinaan Dunia yang Bersih, Indah dan Lestari
- Jana Impak Sosial untuk Penghijauan Tanah Air - Xi
- Pembaikpulihan Tasik Donting Selatan Perkukuh Pembangunan Tempatan
- PLA Tingkatkan Kawalan di Perairan Pulau Huangyan
- CCG Usir Dua Kapal Filipina Ceroboh Masuk Tiexian Jiao
- China Lipat Ganda Usaha Pencegahan, Kawalan Sumber Pencemaran Tanah
- China Umum Garis Dasar Laut Wilayah Pulau Huangyan
- CCG Keluar Kenyataan Berhubung Pulau Huangyan
- Jepun Dituntut Henti Kegiatan Haram di Perairan China
- Jumlah Keluasan Tanah Ladang China Bertambah Tiga Tahun Berturut-turut