Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kenya

(CRI)Jumaat 25 April 2025

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menganjurkan Majlis Minum Teh bagi meraikan kunjungan isteri Presiden Kenya William Ruto, Rachel Ruto di Beijing pada pagi Khamis.

Peng berharap agar kedua-dua pihak dapat meningkatkan pertukaran dan mengukuhkan persahabatan antara rakyat.

Pada majlis tersebut, Peng sempat berkongsi kisah kejayaan China dalam membasmi kemiskinan selain turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang komited dalam usaha kebajikan sosial jangka masa panjang serta memberi perhatian kepada pendidikan dan perjuangan wanita.

Beliau juga berharap, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengalaman masing-masing serta bersama-sama mendorong usaha membasmi kemiskinan selain pembangunan bidang wanita serta kanak-kanak di kedua negara.

Sementara itu, Rachel Ruto ketika majlis tersebut telah memberi penghargaan tinggi atas sumbangan Peng Liyuan dalam mendorong pembangunan wanita dan kanak-kanak di negara-negara Afrika termasuk Kenya selama ini.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk terus menyumbang kepada usaha meningkatkan pertukaran sosiobudaya dan memperdalam persahabatan tradisional antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan