- Lain-lain
Rancangan China Menangani Perubahan Iklim Global Sangat Penting - Antonio Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi penghargaan tinggi terhadap rancangan iklim terkini yang dicadangkan Presiden China, Xi Jinping dan mengatakan ia sebagai "sangat penting" dalam tindakan menangani perubahan iklim global.
Guterres berkata demikian pada sidang akhbar selepas dialog maya Leaders Meeting on Climate and the Just Transition pada Rabu.
Dialog maya itu diadakan untuk memacu tindakan iklim global menjelang Persidangan Pihak-Pihak ke-30 (COP30) Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang akan diadakan di Belém, Brazil pada November depan.
Dalam sesi dialog maya itu, Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan inisiatif-inisiatif penting untuk menegakkan multilateralisme, memperkasakan kerjasama antarabangsa, menggalakkan transformasi yang adil dan memperhebatkan tindakan praktikal.
"China akan mengumumkan matlamat dan sumbangan kebangsaan pada 2035 yang meliputi keadaan ekonomi, termasuk pelepasan gas rumah hijau sebelum Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP30)," kata beliau.
Antonio Guterres menegaskan pelbagai negara perlu membentangkan Sumbangan Ditentukan Negara (NDCs) yang dikemas kini untuk mendepani perubahan iklim dengan seawal mungkin, selain mengukuhkan sokongan kepada negara membangun.
- Xi Seru Pembinaan Dunia yang Bersih, Indah dan Lestari
- China Seru Kerjasama Iklim Sesama Bandar Dipergiat
- Naib PM China Berucap pada Sidang Kemuncak Tindakan Iklim
- Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Buka Tirai
- 'Pavilion China' Dilancar di Baku Sempena COP29
- China, AS Komited Bekerjasama Tangani Perubahan Iklim
- China, AS Bincangkan Isu Perubahan Iklim
- Persidangan Keselamatan Munich ke-60 Buka Tirai
- China Suntik Dorongan Kuat kepada Kejayaan COP28
- China Dorong Kerjasama Selatan-Selatan Perubahan Iklim dalam COP28