Revolusi CAR-T China: Ubah Sel Imun Jadi Musuh Kanser Paling Digeruni

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 April 2025

Seorang penyelidik dari JW Therapeutics sedang menjalan kerja-kerja analisis menggunakan instrumen yang tepat. (Foto fail)

Seorang penyelidik dari JW Therapeutics sedang menjalan kerja-kerja analisis menggunakan instrumen yang tepat. (Foto fail)

Pada awal Mac 2024, Zhou, warga Shanghai yang berumur 63 tahun, telah kembali ke hospital buat kali ketiga bagi tujuan rawatan limfoma. Namun, untuk pusingan tersebut, dia tidak bergantung kepada kemoterapi. Sebaliknya, dia mempertaruhkan harapannya terhadap sempadan rawatan tepat baharu iaitu terapi sel CAR-T.

Terapi sel CAR-T atau chimeric antigen receptor, satu bentuk imunoterapi yang berevolusi pesat. Ia mengubah semula rawatan kanser dengan tidak menyerang tumor secara terus, tetapi mengecas lampau pertahanan imun badan itu sendiri.

Fokus kaedah baharu ini ialah sel T, iaitu barisan hadapan sistem imun. Sel darah putih ini mula bertindak apabila badan menghadapi jangkitan atau tumor, bekerja untuk mempertahankan diri daripada ancaman.

Terapi CAR-T mengambil pertahanan semula jadi itu dan menguatkannya, memprogram semula sel T secara genetik menjadi pembunuh kanser yang menyasarkan ketepatan.

Rahsianya terletak pada "CAR," atau chimeric antigen receptor iaitu molekul tersuai yang ditambah pada sel T yang membolehkan mereka mengenali dan mengunci sel kanser dengan ketepatan yang luar biasa.

Dalam kes Zhou, darahnya diambil dan dihantar ke kemudahan pembuatan yang dikendalikan oleh JW Therapeutics di Suzhou, Provinsi Jiangsu di timur China. Di sana, sel T milik Zhou menjalani satu siri langkah kompleks yang direka untuk mengubahnya menjadi kuasa melawan kanser.

Proses ini bermula dengan mengasingkan dan memulihkan sel T pada suhu negatif 130 darjah Celsius untuk mengekalkan aktiviti asalnya.

Apabila siap, sel-sel beku telah dicairkan dan diubah suai secara genetik menggunakan vektor virus yang memperkenalkan CAR - peranti homing molekul untuk kanser. Namun sel kejuruteraan tunggal tidak mencukupi. Sel-sel yang diubah suai ini telah dikembangkan menjadi bioreaktor untuk mewujudkan ‘laskar’ sekurang-kurangnya 100 juta.

Selepas menjalani proses penulenan, penumpuan dan kawalan kualiti yang ketat, terapi tersuai Zhou telah lengkap dan sedia untuk dihantar.

Tiga minggu selepas itu, dia menerima panggilan yang menyatakan infusi telah pun tersedia. Dihantar dengan kawalan suhu yang ketat, sel CAR-T telah dinyahsejuk beku dan dihantar semula ke salur darah Zhou.

Keputusan yang diterima juga hampir serta merta. Zhou mengalami demam ringan, iaitu satu kesan sampingan biasa oleh tindak balas imun susulan daripada terapi tersebut, dan tidak lama kemudian nod limfa yang bengkak kelihatan semakin mengecut.

Sebulan selepas itu, imbasan susulan mendapati bahawa keredaan itu telah lengkap sepenuhnya. Sel T yang diubah itu bukan sahaja membuang kanser, malah kini berdiri sentri di dalam sistem imunnya, sekali gus menolak kebarangkalian untuk kanser kembali semula.

“Kami akan meneruskan usaha untuk membawa penyelidikan kami ke hadapan supaya lebih ramai pesakit dapat menerima manfaat daripada rawatan ini,” ujar Xia Zhen, pengarah eksekutif pembangunan klinikal di JW Therapeutics.

Secara globalnya, lebih daripada sedozen terapi CAR-T telah menerima kelulusan pihak pengawal selia. Bagi pesakit dengan limfoma sel-B besar refraktori atau kambuh, kadar tindak balas berlegar sekitar 80 peratus. Daripada jumlah peratusan itu, 40 hingga 60 peratus daripadanya telah berjaya hidup bertahan hingga 5 tahun atau lebih, sekali memberikan sinar harapan untuk kesembuhan.

Dalam pada itu, Shanghai pula telah meletakkan dirinya sebagai hab bioteknologi generasi yang seterusnya. Dengan dasar sokongan dan pelaburan dalam sains hayat, bandar itu sedang menerokai invoasi dalam terapi sel dan menyasarkan untuk membuat penemuan baharu seperti CAR-T lebih mudah diakses buat pesakit yang sangat memerlukan.

Video

Berita Berkaitan