Xi Mahu Pembangunan AI  Ke Arah Selamat, Adil dan Sihat

(CRI)Sabtu 26 April 2025

Presiden China Xi Jinping menekankan peri pentingnya untuk memacu pembangunan negara dalam bidang kecerdasan buatan (AI) ke arah kondusif, selamat, adil, sihat dan teratur.

Dalam sesi pembelajaran secara kolektif Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-20 mengenai usaha memacu pembangunan negara dan penyeliaan dalam bidang AI pada Jumaat, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusa PKC menegaskan, berdepan dengan situasi baharu evolusi teknologi AI generasi baharu yang pesat, pelbagai pihak perlu menyemarakkan semangat berdikari.

Beliau menyatakan, kekurangan masih terdapat dari segi teori asas dan teknologi teras utama di China.

"Dalam pada itu, pelbagai pihak perlu melipatgandakan usaha untuk menggalakkan secara komprehensif inovasi teknologi AI, pembangunan perindustrian dan pemerkasaan aplikasi, menambah baik sistem dan mekanisme kawal selia AI bagi mendominasi dalam pembangunan dan tadbir urus AI.

"AI boleh menjadi produk awam antarabangsa untuk kesejahteraan manusia. Kerjasama antarabangsa yang meluas perlu dijalankan dalam bidang AI, bagi membantu negara-negara Selatan Global untuk memperhebat pembinaan kapasiti teknologi, dan menyumbang kepada usaha merapatkan jurang perbezaan global dalam bidang tersebut.

"Selain itu, hendaklah menggalakkan pelbagai pihak untuk meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, peraturan tadbir urus, dan piawaian teknikal, sekali gus membentuk kerangka tadbir urus dan piawaian global berdasarkan konsensus meluas dengan seawal mungkin," kata beliau.

Video