Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah Dirasmikan

(CRI)Ahad 27 April 2025

Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah ke-enam telah membuka tirainya di Almaty, Kazakhstan pada Sabtu.

Mesyuarat ini akan meletakkan asas politik yang komprehensif untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua dan mendorong perbincangan mendalam mengenai memperkasakan kerjasama China-Asia Tengah dalam segala aspek.

Mesyuarat ini diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan, perwakilan dari Turkmenistan serta Setiausaha Agung Mekanisme China-Asia Tengah.

Wang berkata, China komited kepada peningkatan tahap keterbukaan di tengah-tengah pergolakan di persada dunia, terus mencari pendekatan pembangunan bersama dengan negara jiran, berkongsi peluang dengan dunia, sambil terus memikul tanggungjawab dan memenuhi kewajipan yang sewajarnya dalam senario global.  

Wang turut mengemukakan lima cadangan untuk memperkasakan kerjasama China-Asia Tengah yang meliputi membuat persiapan yang baik untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah, berpandukan konsensus yang tercapai pemimpin negara menyemarakkan semangat kejiranan, kesatuan dan persahabatan, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik antara enam negara, terus melakukan kerjasama yang saling menguntungkan, melengkapkan matlamat dalam pembangunan mekanisme, menegakkan keadilan dan kesaksamaan serta memberi nafas baharu ke persahabatan yang diwariskan secara turun-temurun.

Sementara itu, Menteri luar negara-negara Asia Tengah yang menghadiri mesyuarat itu memberi penghargaan tinggi terhadap ikatan yang padu dan holistik dengan China dan peranan penting yang dimainkan mekanisme China-Asia Tengah, selain menyatakan sokongan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib dengan negara jiran yang dicadangkan oleh China. 

Pelbagai pihak berkenaan juga menyatakan sokongan terhadap peraturan perdagangan antarabangsa, menolak amalan proteksionisme unilateral, dan akan mengukuhkan penyelarasan untuk melindungi hak dan kepentingan milik negara masing-masing bagi menggalakkan perdagangan serantau berjalan dengan lancar.

Video

Berita Berkaitan