- Lain-lain
Kestabilan Kewangan Global Terancam Akibat "Perang Tarif" AS
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Monetari Antarabangsa (IMFC) ke-51 di Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) pada 24 dan 25 April, untuk membincangkan situasi ekonomi dan kewangan global, serta kerja-kerja IMF.
Gabenor Bank Rakyat China, Pan Gongsheng ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat itu menyatakan bahawa "perang tarif" yang dilancarkan AS di peringkat global baru-baru ini, dilihat mencabuli hak dan kepentingan negara lain, memberi tempias kepada sistem tadbir urus pelbagai hala berasaskan peraturan, serta orde ekonomi global dan menjadikan pertumbuhan ekonomi dunia terjejas untuk suatu jangka masa yang panjang. Pada masa yang sama, tindakan AS yang dilaksanakan sewenang-wenangnya itu juga mencetuskan turun naik yang drastik dalam pasaran kewangan global, terutamanya memberi kesan buruk kepada entiti ekonomi maju sehingga membawa ancaman terhadap kestabilan kewangan global dan menjadi cabaran serius kepada entiti ekonomi baharu, pasaran baharu dan negara membangun.
Pan menekankan bahawa pelbagai negara perlu segera mempertingkat koordinasi dalam menggubal dasar ekonomi makro, menyokong sistem perdagangan multilateral, mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang lebih terbuka, inklusif, adil dan seimbang, demi menjaga kestabilan ekonomi dan kewangan global.
China bersedia memperdalam lagi kerjasama dengan IMF dan menyokong pertubuhan itu memainkan peranan lebih besar dalam memelihara kestabilan ekonomi dan kewangan global.
- Perang Gagal Sendiri: Mengapa Tarif Tidak Mampu Realisasikan MAGA
- China Sedia Hadapi Perang Tarif, Namun Terbuka untuk Berunding
- China Bantah Sebarang Urusan Jejaskan Kepentingan China: MOFCOM
- Tarif 245 Peratus Bongkar Lagi Amalan Buli AS
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- China Gesa AS Batalkan Tarif Timbal Balik
- China Naikkan Kadar Tarif ke atas Import AS kepada 125 Peratus
- Langkah Tarif Trump akan Akibat Setiap Isi Rumah Hilang AS$4,400
- Kementerian Luar China Balas Langkah Tarif AS
- China Ambil Tindakan Tegas terhadap 'Tarif Timbal Balik' AS