Sektor Penerbangan Awam Bakal Catat Pertumbuhan Stabil Semasa Cuti Hari Buruh

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 29 April 2025

Sebuah pesawat yang menuju ke Guangzhou, Provinsi Guangdong berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianshan Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China pada 17 April 2025. (Xinhua/Xu Hongyan)

Sebuah pesawat yang menuju ke Guangzhou, Provinsi Guangdong berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianshan Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China pada 17 April 2025. (Xinhua/Xu Hongyan)

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) menyatakan bahawa sektor penerbangan awam China diramalkan mampu mengekalkan pertumbuhan stabil semasa cuti panjang selama lima hari sempena Hari Buruh, dengan menjangkakan penumpang udara di serata negara seramai 10.75 juta, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Wakil CAAC, Shang Kejia berkata bahawa tempoh cuti yang bermula pada 1 Mei itu diunjurkan untuk melihat purata 2.15 juta perjalanan penumpang udara sehari, menandakan kenaikan 8 peratus dari tahun ke tahun berbanding dengan 2024, sekali gus memperbaharui rekod untuk tempoh tersebut.

Tambah Shang, pada hari kemuncak perjalanan pula dijangka akan melihat lebih daripada 2.3 juta perjalanan penumpang pada 1 dan 5 Mei.

Lapor Xinhua, permintaan perjalanan domestik amnya tertumpu kepada laluan utama antara empat kluster bandar utama China iaitu: Beijing-Tianjin-Hebei, Delta Sungai Yangtze, Wilayah Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao, dan Chengdu-Chongqing.

Laluan serantau kepada destinasi popular pelancong seperti Xishuangbanna dan Lijiang di Provinsi Yunnan dan Lhasa di Wilayah Autonomi Xizang turut mempunyai permintaan yang tinggi.

Shang berkata, pengembara antarabangsa dijangka untuk mencapai paras tertinggi sejak bermulanya suku kedua, dengan negara Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara kekal menjadi destinasi utama.

CAAC turut menyatakan bahawa dasar visa yang dipermudahkan buat pengembara masuk mahupun transit, bersama-sama dengan perkhidmatan pemulangan cukai yang diperkemas, ia telah mendorong kepada peningkatan ketibaan pelancong asing dan menyaksikan syarikat penerbangan asing terpaksa mengembangkan kapasiti penerbangan.

Untuk memenuhi permintaan pelancongan yang tinggi, syarikat penerbangan telah merancang sejumlah 88,000 penerbangan semasa tempoh percutian, iaitu kenaikan 2.3 peratus berbanding tahun yang terdahulu.

Secara tambahan, 173 pelan penerbangan lebihan telah diluluskan, sekali gus mencerminkan kenaikan 8 peratus dari tahun ke tahun.

Menurut laporan meteorologi, suhu tinggi diramalkan sepanjang tempoh percutian, secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian berlakunya hujan.

CAAC turut menggesa kepada semua unit yang beroperasi untuk mengutamakan tindak balas kepada cuaca yang kompleks, melaksanakan pendekatan keselamatan dan mengurangkan risiko cuaca buruk.

Video

Berita Berkaitan