- Lain-lain
60% Rakyat AS Anggap Dasar Trump Burukkan Situasi Ekonomi
(CRI)Selasa 29 April 2025
Satu tinjauan pendapat umum terbaharu yang dijalankan CNN mendapati 59 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat dasar yang diperkenalkan Presiden Donald Trump telah memburukkan lagi keadaan ekonomi negara itu.
Peratusan ini meningkat berbanding 51 peratus yang dicatatkan pada Mac.
Tinjauan itu juga mendapati rakyat AS secara umumnya tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara mereka dan kurang bersemangat terhadap dasar perdagangan baharu Rumah Putih.
Manakala 60 peratus responden menganggap dasar Trump telah membawa kepada kenaikan kos sara hidup di komuniti mereka.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang