- Lain-lain
Kapal Korek China Bantu Pengembangan Pelabuhan Klang
Pelabuhan Klang. (foto/VCG)
Seawal matahari terbit di Selat Melaka, kapten Song Bin yang mengemudi kapal korek ‘Xin Hai Feng’ telah memberi arahan terhadap navigasi kapal korek besar itu untuk ke kawasan yang ditetapkan, bersedia untuk kerja harian pengekstrakan pasir dan penambakan.
“Kami beroperasi 24 jam sehari sekarang -- pengekstrakan pasir dan penambakan tanah pada waktu siang, dan pengorekan saluran navigasi pada waktu malam, mengikut tiga syif,” kata Song, yang dilahirkan pada 1980-an.
Lapor agensi berita Xinhua, kapal dengan kapasiti 16,000 meter padu itu adalah milik China Communications Construction Compompany (CCCC) Shanghai Dredging.
“Setiap talian paip peranti sedutan meliputi lebih 40 meter, dan setiap kepala seret kapal korek mempunyai berat lebih 20 tan. Semasa proses mengesktrak pasir dasar laut, 100 meter padu boleh dilaksanakan pada setiap minit, dan ia mengambil sekitar dua jam untuk memenuhi tongkang,” kata seorang pengoperasi, Chen Erchao.
Di bawah geladak, bunyi yang kuat boleh didengari dan seorang anggota kru, Jiang Zhengwei sedang melakukan pemeriksaan harian.
“Ia mengambil sekurang-kurangnya 40 minit untuk pemeriksaan biasa. Kami perlu keluar untuk mengeringkan sedikit sebelum kembali ke pejabat,” ujar Jiang yang berumur 39 tahun.
Terdahulu, kapal tersebut telah menyertai dalam beberapa projek di Malaysia. Dilengkapi dengan sistem mengorek yang pintar, pengoperasian kapal itu menjadi lebih cekap. Tambahan lagi, tahap ketepatan juga boleh diukur mengikut sentimeter.
Menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, kenderaan maritim Malaysia meliputi 90 peratus daripada sistem pengangkutan kargonya, dengan kenderaan darat dan udara meliputi yang sekitar 10 peratus sahaja.
Difahamkan, hampir 50 peratus kargo maritim Malaysia secara keseluruhan merentasi Pelabuhan Klang. Sebagai terminal kontena utama, Pelabuhan Barat Pelabuhan Klang memainkan peranan penting sebagai hab logistik dan perdagangan antarabangsa untuk Malaysia.
Dengan terdapatnya projek pengembangan, ia akan menggandakan lagi truput Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang.
Pengurus hal ehwal persekitaran, kesihatan dan keselamatan projek itu, Aima Jamal berkata bahawa pekerja terdiri daripada masyarakat tempatan dan hubungan yang baik juga telah terjalin dengan komuniti setempat.
“Syarikat China di sini datang untuk membantu dalam mendorong pembangunan Malaysia dengan teknologi maju,” ujar Aima.
- Buah-buahan Malaysia Popular di Pasaran China
- Ledakan Dagangan Durian Cermin Kerjasama Perdagangan Saling Menang China-Malaysia
- Saluran Eksport Durian Malaysia ke China Alami Ledakan
- Air Dicencang Tiada Putus | Ikuti Kisah Interaksi Rakyat dari Mulut Pelajar China dan Malaysia
- China, Malaysia Percepat Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan
- Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja
- China, Malaysia Terus Pertingkat Kerjasama Ekonomi Digital
- Video: Cabaran Foto Berantai di XMUM
- Jenama Minuman Teh Makin Popular, “Rasa China” Sebati Dengan Kehidupan Harian Warga KL
- Xi Harap China, Malaysia Saling Menyokong dalam Usaha Pemodenan