Keindahan Musim: Permulaan Musim Panas

Hari ini adalah Lixia, atau Permulaan Musim Panas, iaitu penggal ketujuh dalam kalendar ‘24 Musim’, dan yang pertama dalam musim panas. Ayuh bersama-sama saya ke Kunming, bandar cantik di Provinsi Yunnan barat daya China, dan alami permulaan musim panas di sini!

Mulai hari ini, semua benda akan berkembang mekar; kerana itu ia dipanggil ‘Permulaan Musim Panas’.

Dengan sinaran mentari yang semakin bertambah saban hari dan suhu semakin meningkat, semua benda akan berkembang. 

Semasa penggal ini, banyak kawasan di China masih mengekalkan tradisi menikmati makanan segar bagi meraikan tuaian awal musim panas. “Merasai San Xian” bermakna menikmati pelbagai bahan-bahan bermusim pada hari tersebut. Ceri, kacang buncis besar dan rebung dari Yunnan adalah hadiah daripada alam semula jadi semasa peralihan daripada musim bunga ke musim panas.

Kaedah rawatan tradisional Cina percaya dengan kaitan antara musim panas dan kekuatan jantung. Mempercayai bahawa 'makanan memberikan khasiat kepada organ yang sama dengan rupa bentuknya', jadi telur dianggap sebagai baik untuk jantung berikutan bentuknya yang hampir sama.

Ini juga antara faktor bagi beberapa tempat di China yang mempunyai tradisi makan telur dan bermain lawan telur ketika bermulanya musim panas.

Video