China Bentang Langkah Komprehensif, Pupuk Bakat Saintifik Golongan Muda

Foto para penyelidik yang terdiri daripada pasukan inovasi yang khusus dalam penggunaan sumber air buangan dan mikrobiom sintetik di Institut Biologi Chengdu di bawah Akademi Sains China di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 18 Mac 2025. (Xinhua/Liu Kun)

Foto para penyelidik yang terdiri daripada pasukan inovasi yang khusus dalam penggunaan sumber air buangan dan mikrobiom sintetik di Institut Biologi Chengdu di bawah Akademi Sains China di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 18 Mac 2025. (Xinhua/Liu Kun)

Penghormatan Pingat Empat Mei Belia China 2025 baru-baru ini dianugerahkan kepada 30 individu dan 30 kumpulan atas sumbangan cemerlang, dengan profesional teknologi sains menyumbang bahagian penerima yang ketara dan semakin meningkat, sekali gus mempamerkan kedinamikan bakat saintifik muda China.

Antara penerima tahun ini ialah Gui Haichao, iaitu angkasawan yang berkhidmat sebagai pakar muatan dalam misi Shenzhou-16, dan Wang Xingxing, pengasas kepada Unitree Technology, yang membuat kejayaan dalam bidang teknologi robotik.

Turut tersenarai pada tahun 2025 ialah penyelidik seperti Du Lingjie dari Fakulti Fizik, Universiti Nanjing, di Provinsi Jiangsu, timur China, yang mengetuai pasukannya untuk membentangkan bukti eksperimen zarah buat kali pertama seperti graviton yang dipanggil mod graviton kiral.

Difahamkan, penemuan yang dibentangkan oleh Du dan pasukannya telah diterbitkan dalam jurnal Nature pada tahun 2024, secara tidak langsung menandakan bukti percubaan pertama konsep graviti, yang dikemukakan oleh karya perintis dalam graviti kuantum sejak 1930-an.

Kajian tersebut yang memerlukan peralatan khusus dan mahal untuk beroperasi dalam suhu rendah yang ekstrim dan medan magnetik yang kuat telah menyaksikan pasukan penyelidik berdepan dengan krisis belanjawan.

Mereka mendapat talian hayat apabila pertubuhan sains semula jadi provinsi Jiangsu yang telah menubuhkan saluran dana khas untuk penyelidik baharu. Selepas melalui penilaian oleh pakar, Du mendapat RMB3 juta (sekitar AS$416,586) untuk pendanaan projek, sekali gus menyelesaikan kesukaran kewangan pasukan.

Menurut Sun Jian, naib pengarah Pejabat Sains dan Teknologi Universiti Nanjing, penyelidik muda menghadapi jurang pendanaan yang kritikal meskipun terdapat potensi transformatif dalam penyelidikan mereka.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Provinsi Jiangsu telah memberi rangsangan yang signifikan terhadap saintis muda, dengan menambah peruntukkan projek dan geran kewangan, sambil melupuskan kuota dalam matematik gunaan dan fizik, serta bidang-bidang lain.

Bagi memberi insentif kepada usaha-usaha inovasi, satu saluran khusus buat penyelidikan bukan kesepakatan telah diwujudkan, yang membantu projek melawan arus paradigma saintifik konvensional. Setelah objektif utama diluluskan, saluran pendanaan itu akan memberikan autonomi penuh kepada pasukan penyelidikan dalam reka bentuk eksperimen dan pelaksanaan belanjawan.

Jelas Sun, mekanisme tersebut meminimumkan beban pengurusan operasi kepada saintis dan memaksimumkan kebebasan intelektual untuk penemuan-penemuan baharu.

Pasukan penyelidik dari Institut Teknologi Termaju Shenzhen (SIAT) di bawah Akademi Sains China (CAS) menjalankan penyelidikan di Infrastruktur Biologi Sintetik Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, pada 27 Mac 2025. (SIAT/melalui Xinhua)

Pasukan penyelidik dari Institut Teknologi Termaju Shenzhen (SIAT) di bawah Akademi Sains China (CAS) menjalankan penyelidikan di Infrastruktur Biologi Sintetik Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, pada 27 Mac 2025. (SIAT/melalui Xinhua)

Pasukan penyelidik dari Institut Teknologi Termaju Shenzhen (SIAT) di bawah Akademi Sains China (CAS) menjalankan penyelidikan di Infrastruktur Biologi Sintetik Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, pada 27 Mac 2025. (SIAT/melalui Xinhua)

Sambil meredakan kebimbangan kewangan yang dihadapi oleh penyelidik asas, China telah turut memperkukuh usaha untuk mengkomersialkan penyelidikan gunaan, iaitu dengan memastikan bahawa penemuan makmal dapat diterjemahkan kepada keuntungan sosial dan ekonomi yang ketara, sambil memberi jaminan bahawa saintis boleh menerima manfaat daripada hasil kerja gunaan mereka.

Mengambil pembangunan dadah sebagai contoh. Proses ini memerlukan ujian yang ketat, infrastruktur termaju dan perkhidmatan perindustrian khusus.

Untuk terus memperkasa penyelidik perubatan dalam menterjemahkan pencapaian teori kepada aplikasi klinikal yang nyata, Kementerian Pendidikan China dan kerajaan tempatan Jiangsu telah menubuhkan beberapa pusat inovasi bioperubatan untuk memudahkan pembangunan berkaitan.

Kesemua pusat tersebut menyediakan pajakan peralatan penyelidikan dan perkhidmatan lain, termasuk perlindungan harta intelek dan aplikasi pembiayaan.

Untuk mengurangkan lagi risiko dalam pengkomersialan bagi institusi penyelidikan dan perniagaan, pusat inovasi di bandar Suzhou, Jiangsu telah bekerjasama secara kreatif dengan syarikat insurans untuk melancarkan program insurans – meliputi kerugian yang timbul daripada pemindahan teknologi yang gagal, pertikaian paten dan risiko lain.

Lin Yuhui, 36, merupakan seorang profesor madya di Universiti Perubatan Nanjing yang mengambil bahagian dalam program tersebut melalui projek ubat strok.

“Inovasi institusi sedemikian memperkasakan saintis muda untuk menumpukan pada penyelidikan dan mempercayakan pengkomersialan kepada kuasa pasaran, dan menyediakan insentif kewangan terhadap usaha kami,” kata Lin.

Banyak kerajaan tempatan di serata China telah meningkatkan kelebihan buat penyelidik saintifik yang boleh didapati daripada mengubah penyelidikan saintifik kepada hasil yang praktikal, seterusnya menggalakkan pengkomersialan penyelidikan.

Provinsi Hubei di tengah China telah memperkenalkan dasar yang memerlukan sekurang-kurangnya 70 peratus pendapatan bersih atau ekuiti daripada penemuan baharu saintifik pengkomersialan untuk diperuntukkan kepada penyelidik atau pasukannya.

Bandar metropolis di timur China, Shanghai pula menyasarkan untuk mencapai RMB100 bilion dalam kontrak pengkomersialan teknologi kumulatif di serata institusi penyelidikan awam menjelang 2027, sambil menggunakan perkhidmatan transaksi teknologi terbenam ke dalam strategi integrasi Delta Sungai Yangtze.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat telah secara konsisten menekakan sokongan buat saintis muda serta keperluan untuk memberikan mereka tanggungjawab yang penting dalam laporan kerja kerajaan.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan saintis muda, China telah memperkenalkan satu siri dasar, seperti mensyaratkan agar penyelidik di bawah umur 40 tahun untuk sekurang-sekurangnya memenuhi separuh dalam peranan utama atau peneraju untuk projek utama sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan