Naib PM China Bakal Lawat Switzerland dan Perancis

(CRI)Rabu 07 Mei 2025

Naib Perdana Menteri China He Lifeng bakal mengadakan lawatan ke Switzerland dari 9 hingga 12 Mei, menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA).

Dalam lawatan tersebut, He yang juga ketua wakil China bagi hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent.

He juga akan membuat lawatan ke Perancis bagi mempengerusikan bersama Dialog Ekonomi dan Kewangan Peringkat Tinggi China-Perancis edisi ke-10 pada 12 hingga 16 Mei.

Video

Berita Berkaitan