Perjalanan Sebuah Lukisan: Dari Tanzania ke Pasir Gulangyu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 24 April 2026

Pulau Gulangyu, “Taman di Lautan” yang cukup mempesona di pesisir laut Xiamen, provinsi Fujian, telah sekian lama menjadi titik pertemuan budaya ­– juga tempatnya sejarah, muzik dan kehidupan harian bersebati dalam suasana puitis yang nyata.

Baru-baru ini, Aris dari Tanzania membawa bersama sebuah lukisan Tingatinga dari kampung halamannya, memulakan suatu pengembaraan unik apabila dia berdagang dengan cara tukar-menukar barang di pulau itu.

Berasal dari Tanzania, lukisan Tingatinga terkenal kerana warna yang terang, paparan alam semula jadi dan hidupan liar, serta gaya seni rakyat yang hidup, malahan dianggap salah satu bentuk seni yang paling ikonik bagi Afrika Timur.

Dengan menggunakan lukisan itu sebagai permulaan untuk bertukar-tukar barang, Aris memperoleh serentetan objek yang setiap satu daripadanya menyingkap sisi berbeza Gulangyu.

Sekeping poskad yang mengabadikan bayang elegan seni bina Gulangyu, warisan berabad lama yang menjadi kampung halaman perantau China; muzik lembaran yang memberi Gulangyu gelaran “Pulau Piano”; patung tangan tradisional yang menyerlahkan pesona warisan budaya tak ketara selatan Fujian; hidangan pai yang menyimpan tradisi kulinari tempatan; dan himpunan puisi yang di dalamnya terkandung semangat kesusasteraan dan romantik yang bersinonim dengan Gulangyu.

Dengan bertukar-tukar barang, pulau ini menampakkan wajahnya yang bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi sebuah landskap budaya yang dicorakkan oleh sejarah, seni, dan pertalian antara manusia.

Video

Berita Berkaitan