- Lain-lain
Kapal Hospital "Silk Road Ark" Berjaya Selesaikan Misi Kemanusiaan Antarabangsa
Kapal hospital Tentera Laut China "Silk Road Ark" kembali ke pelabuhan tentera di Sanya, provinsi Hainan pada pagi Ahad selepas selesai menjalankan "Misi Harmoni 2025".
Ini merupakan misi ke-11 Tentera Laut China, sejak tahun 2010 dalam siri operasi "Misi Harmoni", dan yang pertama bagi kapal hospital tersebut menjalankan penugasan di luar negara sejak ditauliahkan.
Kapal tersebut memulakan pelayaran pada 5 September 2025 dan mengambil masa selama 234 hari bagi menyelesaikan misi, dengan jarak pelayaran keseluruhan kira-kira 36,000 batu nautika.
Sepanjang misi tersebut, kira-kira 26,000 pesakit di negara-negara yang dikunjungi, telah dirawat atau menjalani perubatan termasuk pelbagai pembedahan kompleks serta bantuan kecemasan di lokasi seperti Fiji dan Jamaica.
- Kapal Hospital China 'Silk Road Ark' Tiba di Barbados
- Hospital di Beijing Anjur Klinik Percuma Sempena Sambutan Hari Doktor
- Kapal Hospital 'Peace Ark' Sempurnakan Misi Harmoni-2024
- Fokus kepada Pembangunan Berkualiti Tinggi dan Tingkatkan Keupayaan Perkhidmatan Kemanusiaan - Xi
- Kapal Hospital Peace Ark Mulakan "Misi Harmoni-2024"
- Jarak Pelayaran Kapal Hospital "Peace Ark" Catat 280,800 Batu Nautika




