Iran Kemukakan Cadangan Rundingan Tiga Fasa Kepada AS

(CRI)Isnin 27 April 2026

Iran dilaporkan telah menyerahkan cadangan pelan rundingan tiga fasa kepada Amerika Syarikat (AS) melalui perantaranya.

Menurut sumber, fasa pertama tertumpu kepada penamatan sepenuhnya konflik serta jaminan bahawa serangan terhadap Iran dan Lubnan tidak akan berulang.

Sekiranya persetujuan dicapai dalam fasa pertama, rundingan akan memasuki fasa kedua, yang akan meneliti isu pengurusan Selat Hormuz, manakala fasa ketiga pula akan membincangkan mengenai isu nuklear.

Namun, Iran menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam rundingan berkaitan isu nuklear sekiranya tiada perjanjian dicapai dalam fasa pertama dan kedua.

Video

Berita Berkaitan