- Lain-lain
China Serah Barang Bantuan Kemanusiaan kepada Lubnan
Kerajaan China menyerahkan dua kumpulan barang bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Lubnan pada Isnin, bagi membantu rakyat yang terjejas dalam konflik.
Duta Besar China ke Lubnan, Chen Chuandong dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Bantuan Tinggi Lubnan, Bassam Naboulsi mewakili kedua-dua pihak menandatangani surat penyerahan di Pelabuhan Beirut.
Chen berkata, China sentiasa menyokong usaha Lubnan untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan, kestabilan dan perpaduan negara, dan akan terus memberikan bantuan kepada negara itu.
Pihak Lubnan pula menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada China yang menghulurkan bantuan kemanusiaan yang tepat pada masanya, selain menyifatkan tindakan itu sebagai membuktikan China sahabat yang boleh dipercayai.
Difahamkan, barang bantuan kali ini termasuk makanan, barang keperluan seharian seperti khemah, selimut dan lain-lain.




