- Lain-lain
Menteri Luar China, Bangladesh Berbincang di Beijing

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Bangladesh Khalilur Rahman di Beijing pada Rabu.
Wang berkata China sedia memperkukuh persahabatan tradisional yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara, sambil menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam proses pembangunan Bangladesh.
China menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan maruah bangsa Bangladesh serta laluan pembangunan dan sistem politik yang dipilih oleh rakyat negara itu, kata beliau sambil menambah bahawa China menyokong Bangladesh mengamalkan dasar luar yang bebas.

Sementara itu, Rahman menyatakan bahawa kerajaan baharu Bangladesh mengambil berat terhadap hubungan dua hala, berdiri teguh di sisi China berhubung soal Taiwan dan menyokong usaha China dalam mewujudkan penyatuan semula negara.
- Lebuh Raya Pertama Bangladesh Mula Operasi
- Xi Temu Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh
- China, Bangladesh Komited Perkukuh Hubungan
- Perkongsian Strategik Komprehensif China-Bangladesh Terbentuk
- Xi Ditemui PM Bangladesh
- Laluan Terus antara Beijing, Dhaka Bakal Dibuka
- Wang Yi Ucap Tahniah kepada Menteri Luar Baharu Bangladesh
- Xi Ucap Tahniah Hasina Kekal PM Bangladesh
- Laluan Kereta Api Dohazari-Cox's Bazar Dorong Pembangunan Ekonomi Bangeladesh
- Xi Jinping Bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh




